PSG Dilapor Berjaya Mendapatkan Pierre Emerick Aubameyang Dengan Nilai £61 Juta

Hanya beberapa jam setelah dilaporkan membeli sebuah kediaman di Neuilly-sur-Seine di Paris,  Pierre Emerick Aubameyang dilaporkan akan menyertai Paris Saint Germain.

Laporan di Perancis pada hari ini hangat memperkatakan PSG telah mempersetujui yuran perpindahan berjumlah £61 juta dengan Borussia Dortmund.

Penyerang Gabon berusia 27 tahun itu dilaporkan akan menerima gaji tahunan berjumlah £8.75 juta setahun bersama kelab Ligue 1 itu.

Beliau juga turut dilaporkan akan menerima sejumlah £5 juta sebagai bonus pemeteraian kontrak bersama gergasi Perancis tersebut.

Perkhabaran terbaru ini hadir hanya sehari selepas Thomas Tuchel dipecat daripada jawatan pengurus Borussia Dortmund.

Walaupun memenangi Piala DFB dalam kemenangan 2-1 menentang Eintract Frankfurt di final Sabtu lalu, ia tidak memadai untuk menjamin jawatan beliau. Piala DFB adalah piala pertama dalam tempoh 5 tahun kelab berkenaan.

Aubameyang adalah salah seorang penyerang yang sering menjadi buruan kelab terkemuka seluruh eropah sejak beberapa musim yang lalu.

Beliau menjaringkan 31 gol daripada 31 penampilan di Bundesliga pada musim ini sekaligus menjadikannya pemenang anugerah kasut emas.

Copyright: Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA Rheinlanddamm 207-209 44137 Dortmund

Aubameyang turut menyumbat sejumlah 8 gol di pentas eropah untuk Dortmund musim ini.

Walaupun beberapa buah kelab dikaitkan dengan Aubamayeng sejak beberapa bulan ini, PSG kelihatan seperti memenangi perlumbaan untuk tandatangan beliau.

Karier profesional Aubameyang bermula bersama A.C Milan di Italy. Bagaimanapun, beliau sering dipinjamkan sepanjang bersama kelab di Milan itu.

Aubameyang berpindah untuk menyertai St. Ettienne pada musim 2011 dan tampil di dalam 54 perlawanan dan menjaringkan sejumlah 29 gol.

Beliau mengambil keputusan untuk menyertai Borrusia Dortmund pada musim 2013-2014 dan terus menarik perhatian dunia dengan 85 gol daripada 128 penampilan sehingga musim ini.

Di peringkat antarabangsa, Aubameyang pernah mewakili Perancis Bawah-23 tahun sebelum mengambil keputusan menyertai skuad kebangsaan Gabon untuk penampilan senior.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN