‘4 Hingga 5 Pemain Main Luar Negara’ – Satu Kenyataan Menyimpang Tentang Skuad Muda Thailand

pemain Thailand B-22 main luar negara

Selepas skuad muda negara tumbang 0-2 kepada Thailand, pelbagai teori dikeluarkan hingga ada yang katakan lawan dibarisi empat hingga lima pemain yang bermain di luar negara – satu kenyataan yang menyimpang.

Seperti yang telah ditekankan dalam artikel Semuanya BOLA sebelum ini, mungkin polisi kelab-kelab dan struktur pertandingan Thai League berjaya melahirkan pemain-pemain muda yang bermain dengan matang dan baik.

Majoritinya sudah didedahkan dengan pertandingan kompetitif, bukan pertandingan peringkat umur seperti mana di Malaysia – Piala MFL.

Bukanlah menidakkan keberkesanan inisiatif operator Liga Malaysia, namun inilah impak dan realiti yang dapat kita lihat selepas perlawanan tempohari.

Kembali kepada teori yang kononnya skuad Thailand dibarisi empat hingga lima pemain yang berpangkalan di luar negara, sebenarnya hanya dua pemain yang merupakan pemain yang diterbangkan dari luar negara.

Mereka adalah pemain tengah, Chayapipat Supunpasuch dari SC Praiense, Portugal dan penyerang, Achitpol Keereerom (FC Augsburg, Jerman).

Malah, kedua-duanya tidaklah terlibat sepenuhnya sebagai tonggak utama.

Untuk Achitpol, beliau meraih 113 minit permainan untuk aksi berdepan Singapura, Malaysia dan Laos. Chayapipat pula mengumpul 152 minit permainan untuk tiga aksi. Jumlah keseluruhan kedua-duanya 49 peratus.

Jadi, mudah untuk katakan, bukan mereka punca permainan Thailand menjadi kemas dan matang. Ia adalah hasil kerjasama dan pengalaman.

Malah, empat pemain skuad ini yang meraih pingat perak pada edisi 2021.

55 peratus iaitu 11 pemain merupakan pemain dari pasukan yang bersaing di Thai League 1, tujuh pemain adalah dari pasukan yang bersaing di Thai League 2 termasuklah dua lagi pemain yang berpangkalan di Eropah tadi.

Jadi boleh kita katakan, ia adalah bakat-bakat dari liga tempatan mereka.

Purata minit permainan yang diraih 11 pemain yang bermain di Thai League 1 adalah 43.81 peratus. Untuk yang bermain di Thai League 2, purata yang dikumpul oleh tujuh pemain itu adalah 59.42 peratus minit permainan.

Pemain yang meraih pengalaman tertinggi bermain di pentas tertinggi bola sepak Thailand adalah bek kiri, Chatmongkol Rueangthanarot yang bermain bersama Chonburi FC – 73 peratus minit permainan dengan 79 peratus dalam kesebelasan utama. Ini diikuti oleh Settasit Suvannaseat dengan 67 peratus minit permainan dengan terlibat 76 peratus kesebelasan utama.

Untuk pentas Thai League 2, Jakkapong Sanmahung yang bermain untuk Uthai Thani merekodkan 72 peratus minit permainan dengan 76 peratus dalam kesebelasan utama diikuti penyerang berusia 17 tahun, Yotsakorn Burapha dengan 69 peratus minit permainan daripada 59 peratus dalam skuad utama.

Rata-rata sudah didedahkan dengan perlawanan liga termasuk kesebelasan utama. Malah, ada di antara mereka merupakan tonggak utama pasukan.

Jadi, dari mana teori terdapat empat hingga lima pemain merupakan pemain yang bermain di luar negara? Skuad ini boleh dikatakan dibarisi majoriti bakat-bakat yang sedang tampil beraksi di saingan tempatan.

Hanya dua pemain beraksi di luar negara. Ya, hanya dua orang sahaja.

Harus diakui, kelab-kelab Thai League lebih berani menonjolkan bakat muda mereka sehingga mencipta rekod penjaring termuda di Thai League 1 pada usia 15 tahun sembilan bulan iaitu pemain yang bakal menyertai Leicester City pada musim akan datang, Suphanat Mueanta – kini berusia 20 tahun.

Semua data permainan diperolehi daripada portal Transfermarkt.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN