30 Penyokong United Dikhuatiri Maut Kerana Renjatan Elektrik

30 orang penyokong Manchester United dikhuatiri maut di Nigeria akibat daripada renjatan elektrik ketika menonton perlawanan Europa League pada awal pagi Jumaat.

Saksi kejadian mendakwa mereka melihat percikan api daripada sebuah unit transformer yang mencetuskan keadaan huru-hara di kalangan penyokong tersebut.

Kabel yang mempunyai arus elektrik bervoltan tinggi kemudian jatuh menghempap mereka.

https://twitter.com/Ediong/status/855364942073135105

Insiden dilaporkan berlaku di sebuah pusat tontonan di tengah bandar Calabar.

Pihak kelab Manchester United F.C dan pejabat Kedutaan U.K turut mengucapkan takziah kepada kerajaan Nigeria atas tragedi berkenaan.

Pihak berkuasa Nigeria menyifatkan insiden tersebut adalah satu tragedi yang menyayat hati.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 penyokong maut ketika menonton perlawanan menentang Anderlecht itu.

28 daripada mangsa maut serta merta di tempat kejadian manakala 2 lagi mangsa maut ketika mendapat rawatan kecemasan di hospital berdekatan. 50 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Bagaimanapun, laporan berita BBC hanya menyatakan pihak polis telah mengesahkan 7 kematian dan 11 lagi mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital berhampiran.

Tiada laporan lanjut daripada BBC untuk pengesahan selepas itu.

Kelihatan transformer dan kabel yang rosak menghempap rumah yang beratap dan berdindingkan zink.

Berita tempatan melaporkan 2 letupan dilaporkan berlaku pada transformer berkenaan ketika perlawanan sedang rancak berlangsung.

Letupan kedua menyebabkan kabel bervoltan tinggi terputus dan jatuh menghempap atap zink pusat tontonan berkenaan.

Suasana selepas kejadian.

Mangsa yang berada berdekatan dengan pintu keluar sempat menyelamatkan diri.

Seorang saksi kejadian memberitahu sebuah pusat siaran TV apa yang telah berlaku.

“Saya duduk di hadapan sekali ketika melihat percikan kali pertama dari transformer tersebut”.

Saksi kejadian

“Saya adalah orang pertama yang lari keluar pada masa itu”.

“Semua orang boleh melihat percikan api dari arah transformer berkenaan. Maka semua orang cuba lari menyelamatkan diri dari pintu pusat tontonan ini”.

“Keadaan menjadi huru-hara dan berlaku kejadian himpit-menghimpit. Kabel berkenaan jatuh ke atas zink dan ia seperti merenjat kesemua mereka yang masih berada di dalam bangunan tersebut.”

Takziah daripada kami di semuanyaBOLA dan minta kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini ketika menonton bola sepak.

Baca juga:  Presiden FAM Temui Ahli Gabungan, Wakil Kelab Dan Pasukan Buat Julung Kalinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN