Selepas sempat kembali ke puncak La Liga untuk seketika, pengurus Real Madrid Zinedine Zidane melahirkan penghargaan buat tiga pemain yang dianggap sebagai ‘unsung hero’ atau wira tak didendang di sebalik kejayaan pasukannya.
Tiga pemain yang dimaksudkan oleh Zidane adalah Nacho Fernandez, Marco Asensio dan Lucaz Vazquez yang menjadi ‘kunci’ kepada kemenangan 2-0 Real ke atas Celta Vigo tempoh hari.
Real Madrid beat Celta and lead La Liga for now 👑⚪️ pic.twitter.com/funihJA5gY
— 433 (@433) January 2, 2021
Nacho Fernandez diturunkan dalam kesebelasan utama bagi menggantikan kapten Sergio Ramos yang mengalami masalah kesihatan.
Pemain berusia 30 tahun itu berjaya menghalang gol awal Celta dengan mengeluarkan bola dari atas garisan gol sebelum Real membuat serangan balas pantas untuk menghasilkan gol pembukaan hasil tandukan Vazquez.
“Sepanjang kariernya di sini, Nacho berkelakuan sebagai seorang pemain profesional. Bukan hanya sekarang, dia sentiasa menjadi pemain yang penting setiap kali diturunkan,” ujar jurulatih warga Perancis itu.
“Saya tidak terkejut pun dengan aksi hebatnya, saya gembira kerana kami mendapat tiga mata yang amat penting untuk pasukan.”
📊| Nacho Fernandez vs Celta:
• 4 clearances.
• 2 blocks.
• 2 interceptions.
• 3 tackles.
• 1 off the line clearance.
• 56 touches.
• 37/40 passes completed (93%).
• 7/7 long balls completed.An absolute rock at the back and perfect on the ball! 🇪🇸 #rmalive pic.twitter.com/uXxnLE7AUX
— Madrid Zone (@theMadridZone) January 2, 2021
Musim ini Nacho telah beraksi sembilan perlawanan dalam semua pertandingan. Beliau merupakan produk akademi Real Madrid sebelum diserap ke skuad utama pada 2011.
Seorang lagi produk Real Madrid Castilla, Marco Asensio telah berehat panjang pada musim lepas ekoran kecedaraan lutut serius yang dialaminya pada Julai 2019 ketika aksi pramusim.
Sebaik sahaja kembali bersama pasukan pada penghujung musim lepas, pemain berusia 24 tahun itu terus mendapat kepercayaan Zidane untuk diturunkan apabila khidmatnya diperlukan.
“Saya sangat gembira dengan Asensio, dia mengalami kecederaan serius sebelum ini dan kini keadaannya semakin baik dan semaki meningkat setiap perlawanan,” ujar Zidane.
Lucas Vazquez ⚽️🎁
Marco Asensio 🎁⚽️Free‐flowing football from @realmadriden's wide men! 💫#RealMadridCelta pic.twitter.com/0txDpG9Yd4
— LALIGA English (@LaLigaEN) January 2, 2021
Nama Lucas Vazquez mungkin tidak popular dalam kalangan penyokong Real, jauh sekali untuk dianggap sebagai ‘hero’. Malah beliau dilabel sebagai ‘anak emas’ Zidane. Namun tidak dapat dinafikan sumbangannya kepada pasukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Musim ini selepas dua pemain pertahanan kanan, Dani Carvajal dan Alvaro Odriozola dilanda kecederaan, Vazquez akhirnya menjadi pemain ‘bidan terjun’ untukk diturunkan di posisi tersebut.
“Lucas bermain dengan baik. Dia pamain yang boleh dipercayai, sangat fokus. Semua pemain juga telah bermaind dengan baik pada hari ini. Kami berjaya mengutip mata penuh dan itu bukanlah perkara mudah.”
Real kini di tangga kedua La Liga dengan 36 mata, dua mata di belakang pendahulu Atletico Madrid yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.
Mereka akan berkunjung ke Osasuna pada Ahad untuk terus memberi tekanan kepada jiran setempatnya itu bagi memastikan kejuaraan La Liga dapat dipertahankan.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Real Madrid:
Perbandingan Pemakai Jersi No.9 Los Blancos Dan Mengapa Zidane Yakin Benzema Adalah Terhebat
Zidane: Saya Tak Mampu Jadi Sehebat Alex Ferguson Di Real Madrid
Walaupun Ketika Covid-19, Real Madrid Tetap Catat Keuntungan