Perbandingan Pemakai Jersi No.9 Los Blancos Dan Mengapa Zidane Yakin Benzema Adalah Terhebat

Jersi No.9 Los Bancos mempunyai sejarah dan keagungan tersendiri selain pernah disarung oleh ramai bintang dunia terdiri daripada penyerang bola sepak yang boleh kita labelkan sebagai paling berbisa di dunia.

Antaranya ialah Alfredo Di Stefano dan juga Hugo Sanchez yang menjadikan jersi tersebut sangat ikonik di kalangan Madridista.

Bagi pengurus Real Madrid pada hari ini, Zinedine Zidane, beliau mempunyai sebab tersendiri mengapa Karim Benzema adalah pemain terbaik yang pernah memakai jersi No.9 Real Madrid. Zidane turut berpendapat Benzema adalah penyerang terbaik yang pernah Perancis lahirkan – walaupun tidak beraksi bersama skuad Les Blues sejak 2015.

Untuk itu ayuh kita lakukan perbandingan dengan penyerang-penyerang lain yang pernah menyarung jersi ikoni No.9 Real Madrid.

Roberto Soldado

Soldado adalah pemain kelahiran akademi Real Madrid dan diberikan jersi No.9 pada 2007 selepas tempoh pinjaman yang cemerlang selama semusim bersama Osasuna.

Namun pada ketika Los Blancos bergelar juara La Liga pada 2007-08, penyerang ini langsung gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima penampilan, sebelum dijual kepada Getafe dengan nilai  €4 juta selepas itu.

Sehingga ke hari ini Soldado dikenang sebagai salah seorang pemain paling tragis kariernya pernah disaksikan dalam dunia bola sepak.

Javier Saviola

Selepas menyarung jersi No.18 pada musim pertamanya di Madrid, Saviola kemudiannya diberikan jersi No.9 sebelum bermulanya kempen musim 2008-09.

Beliau bagaimana pun gagal menjadikan dirinya pilihan pertama dalam kesebelasan utama, dan kemudiannya hanya menjaringkan dua gol dari 12 penampilan.

Saviola kemudiannya menyertai Benfica pada penghujung musim tersebut. Sekurang-kurangnya beliau masih kekal sebagai salah seorang legenda di Championship Manager.

Davor Suker

Suker dibeli dar Sevilla pada 1996, dan kemudiannya membentuk gandingan berbisa bersama dengan Raul dan Pedrag Mijatovic di Bernabeu. Ketiga-tiganya dikenali sebagai antara trio penyerang terawal mengegarkan bola sepak.

Penyerang antarabangsa Croatia itu menjaringkan 49 gol dari 109 penampilan sepanjang tiga tahun bersama Real Madrid.

Sepanjang tempoh itu, Suker membantu Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga dan Champions League.

Fernando Morientes

Pertama kali Morientes menyarung jersi No.9 di Madrid ialah pada musim 1999-00, dan beliau menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan – termasuk gol pembukaan ketika Real Madrid menewaskan Valencia di perlawanan akhir Champions League.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu mengutip dua kejuaraan La Liga dan satu Champions League untuk tiga tahun seterusnya, sebelum bukan lagi pilihan utama selepas ketibaan Ronaldo.

Morientes bagaimana pun kembali menghantui Madrid selepas beraksi bersama Monaco secara pinjaman pada 2003-04, sebelum berhijrah menyertai Liverpool pada 2005.

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo sememangnya sinonim dengan jersi No.7, tetapi nombor tersebit dipakai oleh Raul ketika beliau tiba di Bernabeu menjelang musim 2009-10.

Bekas penyerang Manchester United itu kemudiannya diberikan jersi No.9 dan menghasilkan 33 gol dari 35 penampilan untuk Real Madrid dalam semua pertandingan pada musim pertamanya.

Apabila Raul menyertai Schalke pada musim panas 2010, Ronaldo kemudiannya kembali dengan No.7.

Ronaldo Nazario

Ronaldo dari Brazil juga melalui musim pertama yang cemerlang di Madrid. Pada mulanya beliau memakai jersi No.11 sebelum diberikan No.9 selepas pemergian Morientes ke Monaco pada 2003.

Sepanjang beraksi bersama Los Blancos, Ronaldo menjaringkan 74 gol dari 133 penampilan di semua pertandingan.

Karier beliau bagaimanapun dihantui oleh kecederaan dan masalah berat badan pada penghujung kariernya di Bernabeu.

Ivan Zamorano

Jika mahu dibandingkan dengan semua pemain lain di dalam senarai ini, maka Ivan Zamarano adalah pemain yang paling komited.

Beliau memakai jersi 1+8 ketika di Inter Milan, sebelum menyertai Real Madrid pada 1992 dengan misi menjadi pengganti kepada Hugo Sachez.

https://twitter.com/RMadridHome_/status/1158802878733139970

Pemain antarabangsa Chile itu tidak mengecewakan apabila mencetak 101 gol dai 173 penampilan, dan membantu Real Madrid menjuarai kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh lima tahun pada musim 1994-95. Beliau adalah penjaring terbanyak La Liga pada musim tersebut.

Karim Benzema

Benzema hanya mempunyai kesempatan untuk memakai jersi No.9 selepas Cristiano Ronaldo melepaskannya pada 2010, dan sejak itu turut sentiasa dibayangi oleh pemain Portugal itu.

Namun demikian sukar untuk kita menafikan Benzema adalah watak penting dalam skuad Los Blancos apabila menjaringkan 240 gol dari 480 perlawanan selama 10 musim bersama kelab tersebut.

Sepanjang tempoh itu, Benzema turut membantu Real Madrid meraih tiga gelaran La Liga, empat Champions League dan dua kejuaraan Copa den Rey untuk menjadikan beliau sebagai pemakai jersi No.9 paling berjaya sejak Alfredi Di Stefano.

Rumusan

Karim Benzema adalah seorang pemain No.9 unik. Hari ini beliau adalah seorang penyerang yang lebih lengkap berbanding 10 musim sebelum ini, membuatkan beliau seorang penyerang yang lebih bahaya kerana bukan sahaja mampu mengancam dengan keupayaan menjaringkan gol.

Kita tidak boleh menafikan juga Benzema adalah ‘pemain kegemaran’ Zidane. Pada tahun lalu, Zidane pernah melabel Benzema setanding Cristiano Ronaldo. Kali ini Zidane menganggap Benzema sebagai penyerang terbaik Peranci dan Real Madrid.

Di manakah Benzema jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain yang pernah menyarung jersi No.9 Real Madrid pada pendapat anda? Dari segi statistik jaringan, pencapaian dan kejuaraan, Karim Benzema sememangnya tiada tolok bandingannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN