3 Sebab Mengapa Arsenal Sangat Berpotensi Untuk Menjuarai Saingan EPL Musim Ini

Arsenal tidak dinafikan lagi sememangnya antara pasukan paling berprestasi di pentas bola sepak Eropah pada ketika ini selepas mereka konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik di atas padang.

Skuad The Gunners itu konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dengan mereka kini sedang mendahului carta saingan Premier League.

Arsenal memimpin carta saingan liga dengan mengumpul 50 mata dari 19 perlawanan dalam saingan Premier League setakat ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu juga berjaya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di peringkat kalah mati saingan UEFA Europa League musim ini.

Berdasarkan persembahan semasa Arsenal pada ketika ini, tidak akan mengejutkan untuk melihat mereka menjulang lebih dari satu Piala pada musim ini.

Harus diakui yang skuad Arsenal pada ketika ini sedang benar-benar berada di tahap persembahan terbaik mereka sebagai satu pasukan.

The Gunners kini merupakan antara pasukan yang paling digeruni lawan dan mereka sememangnya berpotensi besar untuk menjuarai saingan Premier League pada musim ini.

Berikut merupakan 3 sebab mengapa Arsenal sangat berpotensi untuk menjuarai saingan Premier League musim ini.

1- Memiliki barisan pertahanan yang sungguh luar biasa menakjubkan

The Gunners tidak dinafikan lagi sememangnya antara skuad paling seimbang dalam saingan Premier League pada musim ini dan jelas sekali barisan pertahanan mereka antara yang paling menyerlah.

Gunners memiliki barisan pertahanan yang sungguh luar biasa mantap dan sangat sukar untuk ditewaskan oleh jentera serangan pasukan lawan.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya bolos 16 gol sahaja dari 19 perlawanan dan ia merupakan statistik kedua terbaik dalam saingan Premier League setakat ini.

Barisan pertahanan Arsenal juga turut berjaya merekodkan sembilan clean sheets dari 19 perlawanan dalam saingan liga dan ia juga antara rekod yang sungguh menakjubkan.

Gabriel Magalhaes dan William Saliba berjaya membina gandingan yang sungguh menakjubkan di posisi centre back, dengan Aaron Ramsdale terus konsisten menjadi benteng terakhir Gunners yang sangat kebal.

Oleksandr Zinchenko dan Ben White juga turut sangat cemerlang di bahagian kiri dan kanan pertahanan Arsenal dengan mereka juga sangat berkesan ketika membantu jentera serangan.

Seandainya barisan pertahanan Gunners terus konsisten, tidak mustahil untuk melihat mereka menjulang gelaran liga lebih awal dari yang dijangkakan.

2- Jentera serangan yang konsisten dan tajam

Jentera serangan Arsenal tidak dinafikan sebagai unit paling berprestasi dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Arsenal merupakan pasukan kedua yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan liga pada ketika ini selepas mereka menjaringkan 45 gol dari 19 perlawanan.

Para pundit dan penyokong pada awalnya meragui kemampuan jentera serangan Arsenal terutama selepas mendengar berita kecederaan Gabriel Jesus.

Walau bagaimanapun, pemain-pemain seperti Gabriel Martinelli, Martin Odegaard, Eddie Nketiah dan Bukayo Saka berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jesus dan menjadi antara jentera serangan paling digeruni lawan.

Kemampuan jentera serangan Arsenal untuk terus konsisten walau kehilangan nadi penting mereka merupakan satu hal yang sungguh luar biasa dahsyat.

Ketajaman jentera serangan mereka akan mampu membantu Gunners untuk memperoleh gol-gol penting yang akan menyumbang mata penting kepada mereka.

Hal ini secara tak langsung akan mencerahkan lagi kesempatan untuk skuad Arsenal menjuarai saingan Premier League pada musim ini.

3- Mentaliti para pemain yang dahagakan kejayaan

Arsenal gagal untuk memenangi gelaran liga sejak musim 2003/04 yang lalu dan jelas sekali para penyokong sangat berharap agar mereka akan mampu memenanginya pada musim ini.

Para pemain generasi baru ini juga jelas sekali sangat berharap akan mampu mengembalikan maruah kelab dan menjadikan Gunners sebagai pasukan digeruni di EPL.

Reaksi dan aksi-aksi para pemain jelas sekali menunjukkan yang mereka benar-benar dahagakan kejayaan dan hal itu boleh disaksikan secara nyata oleh peminat.

Walau sedang ketinggalan, para pemain jelas sekali tidak mahu menyerah dan terus menerus memberikan yang terbaik untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan yang lebih baik.

Harus diakui yang Arsenal pada ketika ini sedang benar-benar berpotensi untuk bergelar juara dan mereka sedang berada di landasan terbaik untuk mencapai hal tersebut.

Seandainya keseluruhan skuad mampu konsisten, tidak mustahil untuk melihat mereka bakal merampas gelaran liga dari Manchester City pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN