Harapan peminat bola sepak Asia untuk melihat pemain muda Jepun, Takefusa Kubo beraksi untuk pasukan gergasi, Real Madrid masih belum kesampaian apabila beliau sekali lagi dipinjamkan ke kelab lain.
Selepas setahun menimba pengalaman di Real Mallorca, untuk musim baharu ini Kubo telah dipinjamkan ke Villareal yang akan dikendalikan oleh pengurus baharu, Unai Emery walaupun beberapa pasukan lain seperti Sevilla dan Real Sociedad juga telah melamarnya.
Persoalannya adakah kelab tersebut sesuai untuk pemain berusia 19 tahun itu mengembangkan potensinya sehingga mampu meyakinkan Zinedine Zidane atau nasibnya akan menjadi seperti beberapa pemain lain yang akhirnya terpaksa meninggalkan Real Madrid seperti Achraf Hakimi dan Theo Hernandez.
🇯🇵Takefusa Kubo 🇪🇸started the second year of Laliga at Villareal!!!!🟡
— Asensio Xtra. (@AsensioXtra) August 11, 2020
I wish him success🔥🔥🔥 pic.twitter.com/noC2KVWEv1
Peluang beraksi di kejohanan Eropah
Pinjaman ke pasukan Villareal yang menamatkan saingan liga di tempat kelima musim lepas bermaksud Kubo berpeluang untuk mendapatkan pengalaman baharu berdepan dengan beberapa pasukan handalan lain di seluruh Eropah dalam saingan Liga Europa (UEL).
“Saya harap saya akan menghadapi musim yang baik. Kita tunggu apa yang akan berlaku selepas ini. Saya memilih Villareal kerana ini adalah pilihan terbaik walaupun ada tawaran dari beberapa kelab lain.
“Penting untuk saya membuktikan keupayaan dan kemampuan bagi memastikan saya dipilih untuk beraksi dalam setiap perlawanan. Saya mahu menamatkan tempoh pinjaman saya di sini dengan meraih keputusan terbaik termasuk dalam saingan Liga Europa,” kata Kubo.
UNAI EMERY
— 🇲🇦 (@AnassBlaugrana) August 6, 2020
As you can see on youtube there are videos where u hear Emery speak in training sessions and u really can’t understand him. We all kmow “good ebening” That was his problem, the connection with players. Imo England was not his style. Hope he’ll recover at Villareal. pic.twitter.com/ZTxN8blXa1
Selain Kubo, Villareal juga telah berjaya menandatangani dua pemain tengah berpengalaman dari Valencia, Dani Parejo dan Francis Coquelin bagi mengukuhkan skuad untuk bersaing di kejohanan Eropah.
Minit permainan yang lebih baik
Jika Kubo kekal di Real Madrid, tentu sukar untuk beliau bersaing dengan Eden Hazard, Gareth Bale, Lucas Vazuez, Marco Asensio mahupun dua pemain muda Brazil Vinicius Junior dan Rodrygo. Maka untuk mendapatkan minit permainan sebanyak mungkin, Villareal merupakan pilihan yang terbaik untuknya.
Ada beberapa pihak yang mempertikaikan keputusan Kubo ke El Madrigal kerana beliau perlu bersaing dengan seorang lagi pemain muda Samu Chukwueze di posisi sayap kanan. Namun mungkin mereka lupa Kubo merupakan produk akademi Barcelona yang telah terlatih untuk beraksi di beberapa posisi berbeza.
Kubo juga boleh beraksi dengan baik apabila diletakkan di posisi sayap kiri atau pemain tengah menyerang. Musim lepas walaupun gagal membantu Real Mallorca dari penyingkiran La Liga, beliau telah menjaringkan empat gol dan menyumbang empat bantuan jaringan dalam 35 perlawanan.
Take Kubo among his Real Mallorca teammates – 2019-20 La Liga season:
— SCOUTED (@scoutedftbl) August 10, 2020
• Most dribbles attempted
• Most dribbles completed
• Most shots on target
• Second-most fouls won
• Third-most shot assists
Influencer. pic.twitter.com/LhzovyUxQs
“Sekarang ini saya hanya mahu fokus kepada permainan saya di Villareal. Seperti mana ketika di Mallorca, saya akan berikan 100 peratus di sini,” kata Kubo yang menegaskan beliau bersedia untuk beraksi di mana-mana sahaja posisi yang diperlukan oleh pengurus pasukan.
Rekod Emery Yang Mesra Pemain Muda
Walaupun tidak sampai dua tahun tempoh perkhidmatannya di Arsenal, Emery telah pun memberi ruang dan peluang yang cukup besar buat beberapa orang pemain muda The Gunners untuk beraksi bersama skuad utama.
Gabriel Martinelli, Matteo Guendeouzi, Emile Smith Rowe, Ainsley Maitland-Niles, Joe Willock, Eddie Nketiah, Bukayo Saka, Reiss Nelson, Charlie Gilmour, Zech Medley dan Julio Pleguezuelo adalah di antara nama-nama yang diangkat nama mereka untuk diberi minit perlawanan yang baik.
Unai Emery on Arsenal's transfer plans: "The club is working. We are speaking every day with the club and Edu. I prefer to work with patience and calm and take the best decision.
— Squawka Live (@Squawka_Live) July 16, 2019
“We have very good players, very young good players. We need someone to help us." pic.twitter.com/uE92YiGkNN
Emery juga mempunyai rekod yag baik semasa menjadi pengurus Valencia di mana beberapa orang pemain seperti David Silva, Juan Mata, Ever Banega, Raul Albiol, Isco, Jordii Alba, Paco Alcacaer, Sofiane Feghouli, Ivan Guaita, Victor Ruiz, Pablo Piatti, Sergio Canales dan Dani Parejo.
Begitu juga ketika bersama Sevilla dan Paris Saint-Germain di mana beliau sangat mementingkan pembangunan bakat pemain muda walaupun skuad utama dibarisi oleh pemain bintang.
“Saya sudah bercakap dengannya [Emery] mengenai pasukan ini. Banyak perkara yang kami bincangkan terutamanya mengenai bagaimana saya boleh menyumbang kepada pasukan ini. Saya rasa saya mampu menyesuaikan diri dengan cepat di sini lebih cepat daripada yang dijangka,” kata Kubo.
Kredit Foto: Villareal CF
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Takefusa Kubo: