3 Sebab Kenapa Disember Adalah Bulan Terbaik Untuk Layan Premier League

sooka Premier League

Saingan Premier League kini sudah semakin hampir ke peringkat pertengahan dan kesemua 20 kelab sudah bersedia untuk menerima gelombang yang cukup besar menanti mereka.

Gelombang yang dimaksudkan adalah jadual padat yang bakal menjadi mimpi ngeri setiap pasukan baik mereka yang mencabar kejuaraan atau sedang bergelut untuk terus kekal di dalam liga.

Pertengahan minggu ini, hari perlawanan ke-17 (matchday 17) akan menjadi titik tolak kepada bermulanya detik yang mencabar buat kesemua pasukan dan ini adalah tiga sebab kenapa anda perlu layan semua aksi menarik dari Premier League.

Peluang untuk ‘terciduk’

Minggu ke-17 Premier League menandakan bermulanya masa yang sukar untuk kesemua pasukan akibat jadual padat yang bakal menanti mereka.

Jika selalunya, aksi akan dijalankan seminggu sekali dengan beberapa pasukan akan terlibat dengan kejohanan Eropah dipertengahan minggu, tetapi menjelang hujung tahun setiap perlawanan akan diadakan lebih kerap!

Bermula pada minggu 17, jadual perlawanan akan menjadi semakin pedih buat kesemua pasukan apabila perlawanan akan diadakan bermula dua hari selepas perlawanan minggu 16 iaitu pada 15 Disember (Rabu) sehingga 20 Disember (Isnin) – gila betul!

Dengan jadual perlawanan yang cukup rapat ini ianya berpotensi untuk membuatkan mana-mana pasukan untuk ‘terciduk’ dalam misi mereka mengejar tiga mata.

Aksi pada Disember amat penting dalam menentukan dinamik kedudukan liga selepas itu. Pasukan utama yang sedang mengejar kejuaraan berpotensi untuk tergelincir sementara kelab bawahan boleh kembali mencuri mata untuk merapatkan kedudukan.

Pada waktu inilah, fungsi squad depth akan memainkan peranan. Pasukan yang mempunyai pilihan pemain berkualiti yang ramai berpotensi untuk tidak terkesan dengan jadual padat ini.

Boxing Day

Salah satu tarikan lain ketika bermula pada aksi ke-15 ini adalah perlawanan Boxing Day yang akan dijalankan pada 26 Disember.

Dengan tidak terkeliru dengan sukan tinju, Boxing Day merupakan hari kedua selepas Hari Natal yang dimana kanak-kanak lazimnya akan membuka hadiah (boxing) yang diterima mereka sehari sebelumnya.

Dalam budaya Inggeris, memang sejak dahulu lagi perlawanan bola sepak diadakan pada Boxing Day kerana sebelum televisyen dan internet muncul, ianya adalah hiburan bagi majoriti rakyat England dengan menghadirkan diri ke stadium.

Tradisi ini masih dibawa ke hari ini dengan perlawanan pada Boxing Day diadakan dengan jarak antara dua pasukan bermain tidaklah terlalu jauh supaya ianya memudahkan penyokong untuk ke stadium.

Selain itu, Premier League juga tidak akan mengatur perlawanan melibatkan musuh tradisi pada Boxing Day kerana mereka tidak mahu ianya mencemar suasana ketika musim perayaan.

Fokus memburu tiga mata

Satu lagi sebab kenapa anda perlu fokus lebih dengan Premier League pada bulan ini kerana tumpuan semuanya akan terarah kepada liga tersebut.

Disaat liga-liga lain seperti Bundesliga dan La Liga akan berehat untuk musim sejuk, kesemua 20 kelab Premier League akan terus bermain sehingga tahun baharu dalam misi memburu tiga mata.

Ketika ini, kesemua pasukan akan terlepas dari komitmen kejohanan Eropah serta tiada perlawanan piala domestik akan dijalankan – Disember hanya untuk liga sahaja.

Jadi, pada waktu inilah kesemua pasukan akan all-out dalam misi mendapatkan kemenangan dan terus mendaki tangga liga.

Winter is coming!

Dengan jadual yang cukup padat menanti pasukan Premier League, kami juga yakin anda pasti tidak mahu terlepas sebarang aksi menarik dari kelab kegemaran anda bukan?

Untuk memastikan ianya tidak berlaku, jom dapatkan langganan aksi Premier League dari sooka yang merupakan platform penstriman yang perlu anda tuju untuk menyaksikan aksi menarik dari Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo saban minggu.

Bersesuaian dengan gaya hidup masa kini, sooka memperkenalkan pakej sooka VIP yang membolehkan anda menikmati setiap aksi perlawanan dimana-mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar anda sahaja! Menarik bukan?

Apa Itu sooka?

sooka adalah aplikasi strim mudah alih terbaru Malaysia yang menyiarkan aksi semua 380 permainan sepanjang musim Premier League 2021/22 ini secara langsung dengan mudah dari telefon pintar atau tablet masing-masing dalam Definisi Tinggi (HD).

sooka

Dengan pakej langganan yang berpatutan serendah RM 41.90 sahaja sebulan untuk pelan VIP+Sports, yang membolehkan anda menikmati akses tanpa had, anda boleh menyaksikan kesemua aksi Premier League tanpa sebarang gangguan iklan – bukan boleh tengok pada Disember sahaja tau!

Nak tengok perlawanan tertentu je? sooka boleh bantu! Di sooka, anda boleh menyaksikan perlawanan Premier League secara pay-per-view serendah RM 7.90 sahaja – anda tidak akan tertinggal lagi sebarang aksi Premier League.

Dengan pelan VIP+Sports tersebut, sooka juga menawaran aksi UEFA Champions League, Piala AFF 2020, Kejohanan Dunia BWF, Formula 1, dan banyak lagi.

Selain daripada sukan, melalui pelan tersebut, sooka juga menawarkan pelbagai drama bersiri, filem, dan pelbagai hiburan beraneka secara langsung.

Nak release tension selepas kekalahan pasukan kesayangkan anda? Pengguna sooka boleh menikmati pelbagai drama tempatan dan luar negara, filem seram, dan juga cerita romantis.

Aplikasi sooka boleh dimuat turun untuk kedua-dua peranti iOS dan Android.

Ketahui lebih lanjut mengenai sooka dengan klik di sini, atau mengikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN