‘Luka Dan Tempang’ – Aidil Dan Shahrul Cedera, Apa Nasib Harimau Malaya?

Memulakan kempen Piala AFF 2020 dengan meyakinkan selepas kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan 4-0 ke atas Laos, skuad Harimau Malaya bagaimanapun tewas 3-0 kepada seteru serantau, Vietnam.

Tidak cukup dengan luka yang dihadirkan oleh anak buah kendalian Park Hang-seo itu, pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe turut tidak putus-putus menerima perkhabaran kurang menyenangkan berkenaan status kecergasan pemain.

Terbaru, pengendali pasukan negara itu mengesahkan dua tonggak utama di bahagian benteng pertahanan, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad berkemungkinan terpaksa disisihkan dalam perlawanan wajib menang menentang Indonesia nanti.

Selepas kekalahan ke atas Vietnam, pasukan negara tidak mempunyai pilihan lain selain daripada untuk memburu kemenangan dalam perlawanan terakhir saingan Kumpulan B – untuk sebarang harapan mara ke peringkat separuh akhir.

Kegagalan menewaskan Indonesia pada 19 Disember hadapan, bermakna harapan pasukan negara untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya dalam perlawanan dwi tahunan ini akan berakhir.

Untuk rekod, daripada lima edisi terakhir kejohanan, hanya sekali Malaysia gagal melepasi saingan peringkat kumpulan iaitu pada 2016.

Ketiadaan Aidil dan Shahrul juga bermakna pasukan negara terpaksa bergantung harap kepada Darren Lok dan juga Dion Cools yang akan menyertai pasukan negara sebelum perlawanan menentang Indonsia.

“Doktor dan fisioterapis pasukan akan terus memantau tahap kecederaan kedua-dua pemain ini dari semasa ke semasa sebelum kita membuat penilaian sama ada mereka sempat atau tidak untuk pulih menjelang perlawanan menentang Indonesia nanti,” kata Tan Cheng Hoe.

“Bagi posisi pertahanan tengah ini, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen.

“Namun, kita bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada Khamis ini (16 Disember 2021) untuk mengisi posisi pertahanan tengah ini andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlawanan Ahad nanti,” jelas Cheng Hoe.

Kerapuhan benteng pertahanan Harimau Malaya begitu ketara sekali dalam perlawanan menentang Vietnam, khususnya selepas Aidil terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

Walaupun mempunyai Dion Cools dan Darren, gandingan kedua-dua pemain setakat ini belum lagi diuji. Sebarang kecederaan tambahan di posisi tersebut juga akan mengundang padah buat pasukan negara.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dikritik kerana hanya membawa 24 pemain daripada 30 yang dibenarkan oleh pihak penganjur, sehingga menyebabkan ketempangan pasukan apabila berlakunya kecederaan dan penularan wabak di kalangan pemain.

Selepas mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan, pasukan negara setakat ini telah dibolosi empat kali, termasuk satu gol ketika menentang Kemboja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN