3 Pemain Tempatan Sesuai Ganti Khidmat Faisal Halim Untuk Harimau Malaya

Faisal Halim sudah hampir pasti tidak akan terpilih dalam tempoh beberapa bulan ini bersama Harimau Malaya di pentas antarabangsa, selepas episod malang yang telah menimpa beliau.

Kecederaan akibat simbahan asid daripada dua insan tidak berhati perut lalu menyaksikan Faisal bukan sahaja terpaksa berehat untuk tempoh masa lama bersama skuad kebangsaan, malahan untuk kelab diwakili iaitu Selangor.

Kesan daripada situasi itu menyaksikan Kim Pan-gon kini mungkin memerlukan pengganti baharu untuk mengisi kekosongan telah ditinggalkan oleh anak jati Pulau Pinang itu.

Apatah lagi aksi Harimau Malaya bakal menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya yang akan berlangsung dengan mereka bakal membuat perhitungan bersama Kyrgyzstan pada bulan hadapan.

Melihat kepada situasi tersebut, Kim tidak memiliki masa cukup panjang untuk menilai para pemain bersesuaian dan perlu menggunakan segala kelebihan dimilikinya untuk mendapatkan pemain pengganti bersesuaian dengan percaturan taktikal.

Berikut merupakan tiga pemain yang dianggap sesuai untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Faisal di posisi serangan negara menerusi kelebihan serta reputasi mereka.

Najmudin Akmal

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) ini boleh dianggap sebagai pelapis paling berpotensi untuk mengetuai siri serangan Malaysia pada masa hadapan.

Walaupun lebih banyak beraksi untuk skuad JDT II pada musim lalu, pengalaman serta kualiti beliau untuk skuad pembangunan negara jelas tidak boleh dinafikan.

Kelebihan Najmudin pastinya terarah kepada skil gelecekan serta kelicikan beliau untuk melepasi pertahanan lawan, selain mempunyai kepantasan baik selaku salah seorang pemain sayap harapan negara.

Haqimi Azim

Haqimi sebelum ini sudah pun membuktikan dirinya layak untuk bersama skuad senior negara selepas membalas kepercayaan Kim ketika aksi Piala AFF lalu.

Walaupun dominan selaku penyerang utama, bintang muda Kuala Lumpur City (KL City) ini memiliki skil serta ketajaman cukup baik untuk bergerak dari bahagian sayap mengiku percaturan taktikal.

Malah, ini boleh menjadi pelan terbaharu Kim jika beliau ingin mendapatkan nafas baharu untuk serangan utama pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Nabil Latpi

Musim lalu menjadi detik terbaik buat Nabil untuk bersinar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi impak positif ditinggalkan beliau bersama PDRM.

Catatan musim lalu menyaksikan Nabil meledak lima gol serta satu bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 21 penampilan bersama PDRM selain sering menjadi pencetus utama buat siri serangan The Cops.

Selain tenang di hadapan gol, anak jati Kedah ini juga memiliki kualiti kawalan bola cukup baik untuk mengatasi pertahanan lawan dan sudah pun dibuktikannya.

Cadangan pemain lain?

Selain tiga nama tersebut, beberapa pemain tempatan lain lagi dilihat memiliki kualiti tersendiri untuk cuba dipanggil menyertai kem kebangsaan.

Tonggak serangan KL City seperti Zhafri Yahya antara boleh dipertimbangkan bersama Harimau Malaya selepas impak ditinggalkan beliau sejak beberapa musim ini buat skuad tersebut.

Nama lain seperti Fayadh Zulkifli, Luqman Hakim Shamsudin, Baqiuddin Shamsudin, dan Nik Sharif Haseefy antara boleh dipertimbangkan Kim buat Malaysia.

Nama pemain pilihan anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN