Bekas Bintang Kebangsaan Ghana Akui Teruja Kembali Dilamar Kedah

Bekas pemain kebangsaan Ghana, Ebenezer Assifuah akui sangat gembira selepas beliau kembali mendapat tawaran untuk menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) pada saingan musim 2024/2025.

Nama Assifuah sebenarnya bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak tempatan, selepas beliau sudah pun membuktikan ketajamannya pada tahun lalu bersama KDA B dalam saingan Piala MFL.

Musim pertama Assifuah bersama pasukan tersebut jelas sangat positif apabila beliau berjaya merangkul gelaran penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan rekod 16 gol secara keseluruhan.

Sentuhan berbisa itu menyebabkan skuad senior Kedah tidak teragak-agak untuk memberi tawaran kontrak kepada beliau musim ini untuk memperkukuhkan posisi hadapan dalam aksi Liga Super.

Untuk rekod, Assifuah boleh dianggap sebagai salah seorang penyerang import yang memiliki pengalaman cukup luas di pentas antarabangsa termasuk dalam saingan teratas Eropah.

Pemain berusia 30 tahun ini memiliki pengalaman yang sangat luas di Eropah bersama beberapa siri kejayaan turut ditempa bersama Ghana.

Tahun 2013 menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat Ebenezer, selepas kejayaan beliau membantu Ghana meraih gelaran ketiga terbaik untuk saingan Piala Dunia B-20 selain merekodkan selaku penjaring terbanyak kejohanan.

Untuk saingan African Youth Championship, Ebenezer menjadi antara tunjang utama kekuatan Ghana untuk membantu pasukan tersebut mara ke final.

Penyerang yang berasal dari Accra itu juga pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah seperti Sion, Le Havre, dan Pau FC di Perancis.

Melihat kepada musim pertama beliau di Liga Super, Assifuah gembira kerana impian beliau sejak tahun lalu untuk beraksi di pentas tertinggi Malaysia berjaya ditunaikan.

“Saya bersyukur, gembira dan tidak sabar memulakan saingan Liga Super kerana impian saya untuk beraksi di peringkat tertinggi itu sejak musim lalu lagi akhirnya tercapai musim ini.

“Saya akui memang saya bekerja keras sejak musim lalu untuk dipilih beraksi di Liga Super, tetapi mungkin rezeki belum sampai, dan apabila mendapat tawaran itu pada musim ini saya rasa teruja dan bersemangat.

“Saya bertekad tidak akan melepaskan peluang saya nantikan selama ini dan mahu memastikan saya dapat beraksi pada tahap terbaik bagi membantu Kedah mencapai kejayaan musim ini,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Selain Assifuah, Sang Kenari turut diperkuatkan oleh bintang pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syafiq Ahmad, bekas penyerang Terengganu musim lalu, Sony Norde, serta Milos Gordic.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN