Menjelang aksi pertama skuad kebangsaan malam ini dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan, para penyokong pastinya teruja untuk mengetahui senarai kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Kim Pan-gon.
Jika dilihat pada senarai pemain terpilih kali ini, nyata pengendali dari Korea Selatan itu menumpukan pada keseimbangan pemain dari segi kepantasan dan fizikal untuk digunakan mengikut jenis pasukan lawan.
Hari Perlawanan 1 Kelayakan Piala Asia 2023 | Rabu, 8 Jun 2022
⚽️ BAHRAIN 🇧🇭 🆚️ 🇧🇩 BANGLADESH
⚽ TURKMENISTAN 🇹🇲 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil
📺 @ASTROARENA @tv9malaysia▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBB3eyw#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/AwzwLWBsAK
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Senarai pemain serangan antara menjadi tumpuan para penyokong apabila Pan-gon membuat kejutan untuk memilih Guilherme De Paula apabila aksi diberikan pemain tersebut sebelum itu agak kurang memuaskan.
Namun, dalam masa sama ada juga para penyokong masih lagi memberikan kepercayaan kepada beliau masih lagi mampu untuk memberikan sesuatu dalam saingan kali ini.
Ini tiga sebab mengapa De Paula mungkin jadi pertaruhan utama dalam senarai kesebelasan utama Harimau Malaya malam ini.
Fizikal yang tegap
Umum diketahui pemain naturalisasi ini mempunyai fizikal yang amat bagus selaku seorang penyerang utama skuad kebangsaan.
Berdepan Turkmenistan, pastinya rata-rata sudah tahu bagaimana jurang saiz fizikal mereka berbanding pemain skuad kebangsaan yang lebih kecil.
Kelebihan fizikal De Paula mungkin boleh digunakan dengan baik sewaktu situasi bola mati atau ketika bergelut bersama pertahanan lawan.
Pengalaman De Paula yang luas
Pemain yang berasal dari Brazil ini sudah beraksi di serata negara dalam pelbagai kelab untuk menjadikan De Paula sangat berpengalaman berbanding rakan penyerang yang lain.
PROFIL PEMAIN #3
Panggilan Pertama Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya
GUILHERME DE PAULA LUCRECIO
Penyerang#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/izRpgW3tKi— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2021
Tambahan lagi, De Paula juga pernah mengutip pengalaman berharga beraksi selaku penyerang negara ketika menentang Tottenham Hotspur pada tahun 2015.
Beliau juga tampil dengan rekod yang agak gah dalam saingan Liga Malaysia apabila merekodkan jumlah jaringan gol agak tinggi sewaktu bersama Kuala Lumpur City (KL City).
Senjata rahsia Pan-gon
Kemungkinan juga pemilihan De Paula kali ini disebabkan pemain tersebut bakal menjadi salah satu senjata rahsia buat Pan-gon untuk memerangkap lawan.
Biarpun tidak mempamerkan aksi begitu baik dalam dua perlawanan persahabatan, kelibat pemain ini nyata masih ditagih oleh pengendali dari Korea Selatan tersebut atas suatu sebsb masih sukar untuk dijelaskan.
🎩 Guilherme de Paula scored his first Liga Super hat-trick for @kualalumpurfa last night in their 4-1 win over PKNP FC!
Watch the full match highlights on MFL’s Facebook page.#LigaSuper2019 pic.twitter.com/QNJOVdzhne
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 27, 2019
Sebelum itu, Pan-gon sendiri berkata dirinya sudah mempersiapkan senjata rahsia dalam skuad kebangsaan, namun ianya masih menjadi tanda tanya apabila perkara disebut pengendali tersebut tampak masih belum kelihatan dalam aksi persahabatan.
Kemungkinan besar De Paula bakal tampil sebagai pemain penting buat skuad kebangsaan kali ini sekali gus mengubah tanggapan orang ramai.
Tanggungjawab besar GDP
Pemilihan para pemain sudah pun dinoktahkan oleh Pan-gon. Mereka yang dipilih ini bakal membawa tanggungjawab besar untuk skuad kebangsaan dalam kejohanan tersebut demi misi untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.
Pan-gon yang lebih dekat dan mengenali para pemain pastinya ada alasan tersendiri mengapa pemain seperti De Paula masih terpilih mewakili skuad kebangsaan.
📸 Persiapan terakhir skuad Harimau Malaya di Padang Wisma FAM, petang tadi menjelang aksi sulung Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9.00 malam esok.
Lagi gambar di https://t.co/bzInehfBQR#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/ZYyedqXBYl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2022
Beliau juga pastinya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan kerana risiko yang dipilih Pan-gon untuk menyenaraikan pemain tanpa sebarang minit permainan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Semoga skuad Harimau Malaya mampu untuk mencatat keputusan positif sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.