5 Pemain Harimau Malaya Dijangka Menyerlah Dalam Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Malaysia bakal berdepan tiga aksi getir dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 dalam peringkat Kumpulan E pada malam ini menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kim Pan-gon telah menyenaraikan 23 telah pemain terakhir daripada 29 pemain untuk mengharungi cabaran getir dalam misi melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan.

Berdasarkan senarai nama yang terpilih, terdapat beberapa pemain dijangka bakal menyerlah sepanjang tiga aksi untuk diharungi skuad Harimau Malaya kali ini.

Ada lima pemain skuad kebangsaan yang dijangka bakal memberi impak positif dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 ini.

Arif Aiman Hanapi

Aksi Arif Aiman ketika diturunkan dalam siri perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Hong Kong nyata memberi impak positif dalam serangan skuad kebangsaan dan menyukarkan lawan mengekang pemain muda tersebut.

Kelebihan pada pemain ini terletak pada kelincahan dalam mengawal bola, larian deras, serta kualiti hantaran silang di dalam petak penalti.

Dion Cools

Apa lagi boleh diperkatakan mengenai pemain pertahanan yang beraksi di saingan Belgian First Division A ini?

Cools nyata memberi nilai tambah dalam pertahanan negara sejak beliau menyertai kem kebangsaan pada musim lalu.

Kelebihan pada beliau terletak pada fizikal yang baik selaku seorang pemain pertahanan, bacaan bola tepat, serta dapat membantu serangan negara di bahagian sisi.

Farizal Marlias

Penjaga gol utama skuad kebangsaan ini tidak boleh dipertikaikan lagi mengenai ketangkasannya di hadapan gol.

Mempunyai kelebihan beraksi di saingan ACL beberapa musim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menentang kelab-kelab terbaik Asia, menjadikan beliau kaya dengan pengalaman dan refleksi yang baik untuk menyelamatkan keadaan.

Azam Azih

Nadi utama Sri Pahang ini sedang menikmati musim terbaik beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selaku perancang utama kelab di atas padang.

Aksi beliau sewaktu menentang Hong Kong lalu membuatkan para penyokong tidak gusar tanpa kehadiran Natxo Insa dalam pasukan kebangsaan.

Kelebihan Azam terletak pada daya kreativiti, bijak mengawal tempo permainan, serta pakar dalam situasi sepakan percuma.

Syafiq Ahmad

Diberi lebih banyak peluang beraksi pada musim ini bersama Kedah Darul Aman (KDA) selaku pemain pinjaman, menjadikan Syafiq tampil lebih berkeyakinan bermain di atas padang.

Peluang untuk Syafiq kembali menyerlah berbanding saingan Piala AFF lalu mungkin hadir pada aksi kali ini bersama semangat baharu buat penyerang tersebut.

Syafiq berkebolehan meledak gol menerusi tandukannya yang tajam, bijak membuka serangan, serta kreatif mencipta hantaran dalam petak gol untuk pemain lain mencipta sesuatu.

Kesimpulan

Walaupun hanya lima pemain disenaraikan bakal menyerlah, jangkaan sebenar mungkin berubah dengan para pemain lain juga mampu untuk memberi impak besar dalam pasukan.

Nama seperti Faisal Halim, Khuzaimi Piee, Syamer Kutty, dan beberapa lagi pemain mungkin bakal memberi nilai yang bagus buat pasukan sepanjang siri kejohanan berlangsung.

Apapun, ini bergantung kepada pada Pan-gon sendiri untuk menilai pemain mana yang sesuai untuk diberi peranan besar beraksi dalam kesebelasan utama skuad kendaliannya dalam misi melayakkan diri secara merit ke pentas Piala Asia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN