Kelantan FA Mahu Kembali Kuasai Liga (Prebiu Liga Super)

Tahun 2014 merupakan tahun yang suram bagi peminat fanatik Kelantan FA apabila mereka gagal memenangi sekurang-kurangnya satu piala seperti yang disasarkan oleh Tan Sri Annuar Musa. Sudahlah pemain-pemain bintang mereka berhijrah keluar dari pasukan pada penghujung musim 2013, mereka juga terpaksa “mengikat perut” kerana menghadapi krisis kewangan akibat kekurangan tajaan. Akibatnya, mereka gagal untuk beraksi di pentas final dalam sebarang kejohanan untuk kali pertama dalam tempoh 5 tahun.

Wajah kecewa "Apex" selepas melepaskan 4 gol ketika Kelantan tewas 4-0 kepada Sime Darby FC dalam saingan Liga Super 2014. (Sumber gambar: Google)
Wajah kecewa  Khairul Fahmi Che Mat selepas melepaskan 4 gol ketika Kelantan tewas 4-0 kepada Sime Darby FC dalam saingan Liga Super 2014. (Sumber gambar: Google)

Ringkasnya, penghijrahan pemain utama, pengaturan taktikal jurulatih yang tidak sesuai, pilihan pemain import yang gagal menyerlah serta cabaran dari kelab-kelab lain yang berbelanja besar merupakan antara faktor yang menyebabkan pasukan Pahlawan Merah ini gagal menyerlah pada tahun 2014.

Di peringkat liga, mereka sekadar menghuni tangga ke-6 yang menyaksikan jumlah perlawanan liga yang mereka kalah melebihi jumlah perlawanan yang mereka berjaya menang. Carta liga pula memperlihatkan mereka merupakan diantara pasukan yang paling banyak dibolosi disamping beza jaringan (goal difference) yang negatif.

Namun, itu semua episod derita musim lalu. Musim ini, kesunyian dan kesuraman yang sedang menyelubungi Stadium Muhammad Ke-4 bakal dipenuhi semula dengan kegembiraan dan sorakan peminat setia bola sepak Kelantan. Kami di SemuanyaBola akan memberi anda idea kenapa ianya bakal berlaku.

Ketua Jurulatih

Tugas berat menanti George Boateng di tahun 2015 apabila diletakkan harapan tinggi oleh peminat TRW (Sumber gambar: KOSMO)
Tugas berat menanti George Boateng di tahun 2015 apabila harapan tinggi diletakkan oleh peminat TRW (Sumber gambar: KOSMO)

Perlantikan George Boateng menggantikan Steve Darby pada pertengahan musim lalu benar-benar menyuntik semangat baru bagi pemain dan peminat TRW. Sehingga artikel ini ditulis, skuad kendalian bekas pemain Belanda ini telah menang sebanyak 8 kali, seri sebanyak 3 kali (termasuk aksi perlawanan amal menentang T-Team tanggal 7 Januari 2015) dan tewas sebanyak 8 kali (berbanding rekod Steve Darby yang lebih teruk). Harus diingat bahawa hampir keseluruhan prestasi pasukan yang dicatatkan disini adalah skuad yang diwarisi selepas pemecatan Steve Darby dan bukan skuad yang dibentuk oleh Boateng sendiri.

Skuad Kelantan FA nyata lebih menyerlah di bawah kendalian Boateng apabila mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir piala Malaysia dan separuh akhir Piala FA. Dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Piala FA, mereka dipaksa berputih mata setelah dikecewakan oleh peraturan gol ditempat lawan ketika menentang Felda United ketika berkeputusan seri aggregate 5-5.

Dari segi taktikal, ianya masih sukar diramal kerana corak permainan Boateng masih belum dapat ditentukan kerana bilangan perlawanan kendaliannya masih sedikit. Walau bagaimanapun, dengan lambakan pemain tengah, kami menjangkakan Boateng bakal menggunakan kelebihan itu untuk bermain posession football, yakni melebihkan penguasaan bola di tengah padang.

Boateng dilihat masih menjalankan eksperimen dan mencari keserasian antara pemain, terutamanya kombinasi terbaik perancang dari bahagian tengah- antara Badhri Radzi, Brendan Gan dan Isaac Puppo.

Barisan pemain baru

Skuad The Red Warriors 2015 tampak lebih garang berbanding musim lalu dengan pengenalan 9 muka baru. Hal ini termasuklah rombakan barisan kesemua pemain import disamping menguatkan bahagian pertahanan yang tampak longlai musim lalu.

Awang import baru TRW 2015: McKain, Puppo, Kenmogne dan Carillo.  (Credit Gambar: Google)
Awang import baru TRW 2015: McKain, Puppo, Kenmogne dan Carillo. (Credit Gambar: Google)

Kelantan FA mempertaruhkan empat orang awang import baru untuk mengharungi cabaran musim ini- Erwin Carillo (Columbia) dan Immanuel Kenmogne (Cameroon) di posisi penyerang, Isaac Puppo (Liberia) di bahagian tengah dan John McKain (Australia) untuk bermain di posisi pertahanan tengah.

Norfarhan (Ben10), Ferris Daniel, Norhafiz Zamani Misbah dan Hazrul merupakan pemain tempatan tambahan terbaru skuad TRW.
Norfarhan (Ben10), Ferris Daniel, Norhafiz Zamani Misbah dan Hazrul merupakan pemain tempatan tambahan terbaru skuad TRW.

(Pembetulan @ 3 Februari 2015: Kami baru sahaja melihat Ferris Daniel menyertai skuad Felda United dalam satu acara yang dianjurkan oleh FELDA pada 2 Februari 2015 lepas. Sumber FELDA memberitahu, Ferris Danial tidak boleh didaftarkan oleh KAFA kerana senarai 26 pemain mereka sudah pun penuh.)

Antara anak tempatan baru yang bakal menyarung jersi skuad The Red Warriors pada musim ini adalah penyerang terbaik tempatan, Mohd Norfarhan (dari Terengganu FA) dan penyerang muda berbakat, Mohd Ferris Denial. Selain itu,pihak pengurusan Kelantan FA juga turut memperkasakan bahagian bek dengan memperkenalkan centre back berpengalaman Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan) dan Noor Hazrul Mustafa (Perak).

Skuad Kelantan FA juga dilihat sedang berusaha membangunkan bola sepak diperingkat akar umbi dengan menyaksikan pemain dari skuad presiden, Rozaimi Azuar turut diserap masuk kedalam skuad senior untuk memberikan lebih pilihan kepada Boateng di bahagian tengah.

Berikut adalah barisan bayangan dan formasi Kelantan FA untuk musim hadapan. Skuad Kelantan FA dilihat mampu melakukan serangan menggunakan kedua-dua belah winger yang pantas, disamping hantaran thru pass terus kepada striker dari bahagian tengah (Piya/Puppo). Brendan Gan pula akan diberikan tugas sebagai central defensive midfielder yang berperanan memegang bola (holding the ball) dan melakukan dirty job untuk membantu barisan pertahanan.

kelantan tac

Ayam Tambatan

Gandingan Erwin Carillo dan Emmanuel Kenmogne dilihat mampu menyelesaikan masalah ketumpulan barisan hadapan pasukan Kelantan FA yang menjadi masalah utama mereka musim lalu. Jika status “Pacho” Kenmogne sebagai penjaring terbanyak Liga Super Indonesia pada musim 2014 (25 gol) masih belum cukup mengujakan peminat TRW, Carillo pula merupakan pemegang kasut emas di liga D2 Columbia dengan meledak 29 gol. Masakan tidak, Carillo sebenarnya sudah mencetak gol pertamanya dalam perlawanan sulungnya ketika Kelantan melakukan comeback menentang pasukan T-Team untuk mengikat keputusan seri 2-2 !

Wajah Erwin Carillo dalam jersi TRW memenuhi dada akhbar Columbia. (Sumber gambar: theredwarriorsfc.com)
Wajah Erwin Carillo dalam jersi TRW memenuhi dada akhbar Columbia. (Sumber gambar: theredwarriorsfc.com)

Kekuatan

Skuad pasukan Kelantan FA tampak lebih seimbang pada musim ini berbanding musim lepas. Namum kekuatan utama yang dilihat bakal menjadi kunci kejayaan skuad Kijang Emas ini adalah barisan serangannya. Pengenalan barisan pemain yang ternyata berbisa di bahagian serangan membuktikan bahawa pasukan lawan harus memikirkan cara terbaik untuk membendung attacking play dari pasukan ini. Disamping memiliki dua pemain yang pantas dibahagian sayap kiri dan kanan (Wan Zairul dan Wan Zack) yang boleh melakukan hantaran yang baik kedalam kotak penalti pihak lawan, kehadiran John McKain yang tinggi lampai (1.85m) sebagai target man sewaktu sepakan sudut juga berpotensi untuk menghasilkan gol untuk pasukan Kelantan.

Kelemahan

Terdapat dua faktor penting yang boleh memusnahkan harapan pasukan ini: persefahaman antara pemain dan kelonggaran bahagian pertahanan. Ketibaan pemain import baru dijangka memerlukan sedikit masa untuk mencipta keserasian. Namun, pengendali pasukan Kelantan FA nampak sedang mencari gandingan terbaik pemain-pemainnya melalui beberapa perlawanan persahabatan pramusim. Kehadiran John McKain dan Norhafiz Zamani Misbah yang sememangnya berpengalaman tetapi sudah berusia pula bakal menimbulkan persoalan: adakah mereka masih mampu bermain dengan baik dan cergas hingga ke hujung musim?

Kesimpulan

Jika dilihat diatas kertas, skuad Kelantan musim 2015 dilihat mampu mencabar kejuaraan liga dan sekurang-kurangnya ke pentas final kejuaraan piala FA mahupun piala Malaysia. Musim ini juga sebenarnya musim yang paling sesuai untuk pasukan Kelantan memberikan sepenuh tumpuan di liga tempatan kerana mereka tidak perlu beraksi di pentas AFC seperti tahun sebelum ini. Dengan cabaran Liga Super 2015 yang semakin kompetetif, segalanya nampak mungkin untuk pasukan Kelantan.

Mampukah barisan baru pemain TRW mengusir awan mendung yang menutupi langit bola sepak di Kota Baru? Mungkinkah kita dapat menyaksikan sekali lagi fenomena deretan kereta dan motosikal dihiasi bendera Kelantan berkonvoi ke Bukit Jalil? Hanya waktu yang akan menentukan.

Mungkinkah fenomena deretan kenderaan membawa bendera Kelantan yang memenuhi jalan raya dari Kelantan ke Bukit Jalil bakal berulang seperti tahun-tahun sudah? (kredit photo: manlaksam.blogspot.com)
Mungkinkah fenomena deretan kenderaan membawa bendera Kelantan yang memenuhi jalan raya dari Kelantan ke Bukit Jalil bakal berulang? (kredit photo: manlaksam.blogspot.com)

Ayuh Kelantan FA, bangkitlah! Gomo Kelate Gomo!

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN