Prebiu Taktikal Piala Asia 2015: Kuwait

Era keemasan bola sepak Kuwait berlaku sekitar era 1970-an, yang membawa mereka kepada kemenangan Piala Asia pada tahun 1980 tetapi mereka sudah ketinggalan jauh selepas itu. 

Isu paling besar yang membelenggu bola sepak Kuwait adalah isu politik. Di Kuwait, presiden Kesatuan Bola Sepak Kuwait (Kuwait FA) merupakan ahli keluarga kerabat diraja. Dikatakan beliau mempunyai pengaruh yang kuat untuk menentukan siapa yang dapat mewakili negara dalam bola sepak. Sementara itu, liga mereka masih berlangsung dengan pengurusan yang tidak profesional dan bermutu rendah.

Untuk menambah masalah lagi. Kuwait memecat jurulatih kebangsaan mereka sebulan sebelum Piala Asia 2015 bermula. Jorvan Vieira memenangi Piala Asia dengan Iraq pada 2007 tetapi bergelut untuk menemui sentuhan ajaibnya dengan Kuwait, menang hanya 9 daripada 25 perlawanan sepanjang memimpin pasukan kebangsaan Kuwait.

Bagaimanapun, Vieira masih berupaya membawa Kuwait melepasi pusingan kelayakan yang sukar, kalah hanya sekali dalam 6 perlawanan, dan menggunakan Piala Teluk (Gulf Cup) pada November lepas untuk mencuba beberapa muka baru dalam pasukan kebangsaannya.

Malangnya keputusan Vieira untuk mencuba pemain muda pada Gulf Cup mendapat kecaman peminat bola sepak Kuwait (mereka sudah menang Gulf Cup 10 kali) dan nasib Vieira berakhir selepas pasukan mudanya kalah 5-0 kepada Oman.

Kuwait FA melantik jurulatih Tunisia Nail Maaloul, jurulatih yang masih tidak banyak diketahui mengenainya. Maaloul baru mula menjadi jurulatih pada tahun 2011 (di Tunisia sahaja) dan pengalaman kejurulatihannya di luar Tunisia terhad di kelab Qatar, Al-Jaish. Beliau pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tunisia selama 4 tahun, gagal membawa Tunisa melepasi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014, sekaligus membawa kepada perletakan jawatan beliau.

Tambah merisaukan buat rakyat Kuwait, beliau baru bersama pasukan kebangsaan Kuwait selama sebulan. SEBULAN!

Tom-Hanks-orly

Barisan pemain

Wikipedia
Wikipedia

Kekuatan

Sehinggalah perlawanan pertama mereka menentang tuan rumah Australia pada petang Jumaat (9 Januari 2015) nanti, tiada sesiapa yang akan tahu bagaimana Kuwait akan bermain. Kami langsung tiada idea bagaimana Maaloul akan menyusun Kuwait dari segi taktikal. Nothing. Nada.

Jika persembahan mereka pada Piala Teluk tempoh hari menjadi rujukan, Kuwait biasanya bermain dalam formasi 4-2-3-1 dengan kebebasan maksimum terutamanya di bahagian serangan.

Kuwait - Asian Cup 2015 - Football tactics and formations

Fahad Al Enezi adalah pemain yang laju, lincah membuat gelecekan dan boleh melakukan magik – dengan rembatan jarak jauh – selain gemar cut inside dari kiri dan bebas bergerak ketika Kuwait menyerang. Tetapi terdapat ura-ura yang Fahad Al Enezi tidak dapat menyertai skuad Kuwait kerana isu passport, sesuatu yang merencatkan potensi serangan Kuwait.

Fahad Al Enazi (berbaju biru) ketika aksi menentang China. Sumber: Zimbio.com
Fahad Al Enazi (berbaju biru) ketika aksi menentang China. Sumber: Zimbio.com

Di tengah, Bader Al Mutawa telah muncul sebagai salah satu prospek Asia yang cemerlang dalam Piala Teluk tetapi masih belum menonjolkan potensinya secara konsisten. Seorang pemain tengah yang bijak, beroperasi di belakang penyerang tunggal, dan seperti Al Enezi beliau gemar berkeliaran bebas di tengah. Al Mutawa merupakan pemain terbaik Kuwait setakat ini, tetapi agak malas membantu pasukannya melakukan kerja defensif. Pemain lawan boleh mengambil kesempatan dengan work rate nya yang rendah.

Bader Al Mutawa (berbaju kuning) ketika beraksi di kelabnya, Al-Qadsia.
Bader Al Mutawa (berbaju kuning) ketika beraksi di kelabnya, Al-Qadsia. Sumber: XinHuaNews

Aziz Mashaan merupakan seorang lagi penyerang Kuwait yang berbahaya. Beliau pernah bermain sebagai deep-lying playmaker tetapi lebih gemar bermain sebagai pemain no.10. Selain mempunyai janggut yang awesome, beliau mempunyai skil dan teknik hantaran yang cemerlang.

Sumber: Mlactu.fr
Sumber: Mlactu.fr

Ya, Kuwait mempunyai banyak penyerang yang menarik dan merbahaya dan berupaya menjaringkan gol pada bila-bila masa.

Kelemahan

Tetapi bahagian pertahanan mereka masih perlu diperbincangkan. Pertahanan mereka tidaklah begitu kuat tetapi tidak pula lemah. Cuma mereka agak kurang mendapat perlindungan daripada pemain tengah mereka, menyebabkan kualiti pertahanan mereka agak sukar diadili secara tepat. Mereka cenderung untuk bertahan secara individu berbanding secara berpasukan.

Ketika menentang Oman dalam perlawanan terakhir kumpulan dalam Piala Teluk (di mana mereka hanya memerlukan 1 mata untuk layak ke pusingan seterusnya), Kuwait cuba bermain secara defensif tetapi gagal apabila kalah 5-0. Jika tidak kerana kualiti dan pengalaman kapten mereka, Nawaf Al Khaldi yang bermain sebagai penjaga gol, Kuwait mungkin akan dibelasah lebih teruk lagi oleh Oman.

Ramalan

Maaloul menggunakan kem latihan 14 hari untuk menyediakan pasukan Kuwait dalam Piala Asia 2015, tetapi dengan kecelaruan politik Kuwait, pengalaman Maaloul sendiri yang cetek dan kecenderungan pemain yang mengabaikan tugas defensif, Kuwait adalah salah satu pasukan yang lemah dalam kejohanan ini. Berada dalam satu kumpulan dengan Australia dan Korea Selatan, harapan mereka untuk melangkah ke pusingan seterusnya amat tipis.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN