Prebiu Taktikal Piala Asia 2015: Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Slogan Korea Selatan untuk Piala Asia 2015 adalah ‘Masa Untuk Berubah’, yang memberi simbol mereka perlu melupakan kekecewaan persembahan mereka pada 10 tahun yang lepas.

Kali terakhir mereka menjulang Piala Asia adalah pada 1960. Sejak melangkah ke final Piala Asia 1998 dan separuh akhir Piala Dunia 2002, mereka gagal menjadikan pencapaian itu sebagai batu loncatan kepada kejayaan. Untuk sebuah negara yang bangga dengan sejarah bola sepak mereka, Korea Selatan merasakan semua ini perlu berubah dan persembahan buruk semasa Piala Dunia 2014 mesti dilupakan segera.

‘Masa Untuk Berubah’ turut menular ke apek pengurusan, di mana Hong Myung-Bo yang meletakkan jawatannya di Brazil, telah digantikan dengan Uli Stielike. Seorang bekas pertahanan skuad Jerman Barat, Stielike telah ditugaskan untuk mengubah nasib skuad Dae Han Min Guk dan memperkenalkan beberapa pemain muda yang memenangi pingat emas semasa Sukan Asia 2014 yang lepas. Stielike berpengalaman dalam pembangunan bakat muda apabila terlibat secara langsung dengan program membangunkan generasi emas Jerman yang terhasil selepas prestasi buruk Jerman pada Euro 2000.

Uli Stielike diharap mampu merubah nasib Dae Ha Min Guk selepas Hong Myung-bo gagal melakukannya (sumber: sportmenu.net)
Uli Stielike diharap mampu merubah nasib Dae Han Min Guk selepas Hong Myung-bo gagal melakukannya (sumber: sportmenu.net)

Salah satu kekecewaan yang rakyat Korea Selatan rasakan sejak akhir-akhir ini adalah kegagalan pasukan kebangsaan mereka membentuk pasukan yang kuat meskipun mempunyai banyak pemain yang berpangkalan di Eropah. Hanya 6 pemain dari K-League dimasukkan dalam pasukan kebangsaan mereka untuk kejohanan ini, menandakan keinginan Korea Selatan untuk merangkul trofi kali ini.

Barisan pemain

korea
Dari segi taktikal, Stielike sudah mengubah gaya permainan skuad Dae Han Min Guk dari pendekatan direct, long-ball yang Hong Myung-Bo terapkan kepada permainan possession-based seperti yang mereka tampilkan semasa Piala Asia 2011. Anak buah Stielike fleksibel dengan pelbagai formasi, tetapi keutamaan akan diberikan kepada 4-2-3-1 dengan penekanan kepada passing from the back.

South Korea - Asian Cup 2015 - Football tactics and formations

Kelemahan

Bagaimanapun cubaan mereka untuk melakukan passing from the back seringkali terganggu dek positioning bek kiri dan kanan mereka yang cenderung untuk naik terlalu tinggi. Mereka mempunyai Ki Sung-yueng yang cemerlang bermain dalam deep-lying playmaker untuk Swansea (dan Sunderland pada musim lepas) tetapi positioning full back mereka yang naik terlalu tinggi menyukarkan tugas Sung-yueng dan midfield tengah yang lain untuk mengekalkan penguasaan bola.

Ki Sung-yueng cemerlang bermain bersama Swansea tetapi tidak ketika bermain untuk pasukan kebangsaannya (Sumber: Mirror UK)
Ki Sung-yueng cemerlang bermain bersama Swansea tetapi tidak ketika bermain untuk pasukan kebangsaannya (Sumber: Mirror UK)

Berpasangan dengan Sung-yueng di bahagian tengah adalah Han Kook-young atau Park Joo-ho. Joo-ho mungkin juga akan diletakkan sebagai pemain bek. Sung-yueng akan bermain seperti deep-lying playmaker sementara pasangannya akan diberi kebebasan untuk membuat larian meyerang.

Kekuatan

Di bek kanan, adalah pemain lincah Cha Du-Ri, yang bermain di FC Seoul. Di posisi sayap kanan dan kiri, mereka mempunyai pemain yang berskil dan mampu membuat larian pantas dengan kehadiran Son Heung-min dan Lee Chung-yung. Di bawah sistem Stielike, mereka diarahkan bermain lebih sebagai withdrawn striker berbanding winger, membolehkan bek kiri dan kanan untuk membuat larian overlapping. Ini membolehkan Korea Selatan mendominasi bahagian tengah dan mengekalkan penguasaan bola di bahagian tengah.

Son Heung-min, anak emas Korea Selatan ketika ini (sumber: tz.de)
Son Heung-min, anak emas Korea Selatan ketika ini (sumber: tz.de)

Di belakang penyerang (role no. 10), Koo Ja-cheol dan Nam Tae-hee akan bersaing untuk merebut slot tersebut. Walaupun mereka bukanlah pemain no.10 yang semulajadi (natural), kehadiran Heung-min dan Chung-yung akan membuatkan jentera serangan Korea Selatan berbahaya. Chung-yung cenderung untuk bermain di sekitar touchlines manakala Heung-min gemar cut inside dan bijak melakukan link-up play di bahagian final third sebelum melakukan rembatan. Kedua-dua mereka laju dan sangat lincah.

Lee Chung-yong mengemudi sayap kanan Bolton dan Korea Selatan (sumber: Getty Images)
Lee Chung-yong mengemudi sayap kanan Bolton dan Korea Selatan (sumber: Getty Images)

Lee Keun-ho dijangka akan mengetuai jentera serangan Korea Selatan selepas Park Chu-young dan Ji Dong-won diketepikan daripada skuad 23 pemain di Piala Asia 2015. Keun-ho merupakan penyerang yang rajin membantu midfield dari aspek defensif, gemar membuat larian into channel dan berkebolehan menjaringkan gol secara konsisten. Secara keseluruhannya, beliau seorang penyerang yang lengkap.

Lee Keun Ho (sumber: Getty Images)
Lee Keun Ho (sumber: Getty Images)

Ramalan

Walaupun skuad Dae Han Min Guk ini semakin kukuh aspek pertahanannya (tielike sudah mencuba 4 penjaga gol setakat ini), mereka tetap tampil kurang meyakinkan kerana kempen Piala Asia kali ini dilihat sebagai medan Stielike untuk mencuba stail permainan yang baru, bukannya menajamkan stail permainan yang sedia ada.

Kami percaya sepenuhnya Korea Selatan berupaya melangkah ke pusingan kedua Piala Asia 2015, mengiringi tuan rumah Australia dari kumpulan A. Tetapi kami masih merasakan ini bukanlah skuad Korea Selatan yang akan mengulangi kejayaan 1960 mereka.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U