Kedah Darul Aman (KDA) kini sudah pun lengkap dari segi persiapan semasa, selepas dua pemain Harimau Malaya iaitu Lee Tuck bersama Kalamullah Al-Hafiz sudah pun mula melaporkan diri mereka.
Dua pemain tersebut yang menyertai KDA pada musim ini, dilihat sebagai aset terbaharu buat Nafuzi Zain untuk mengukuhkan lagi persiapan beliau bagi membawa nama pasukan tersebut terus digeruni.
KALAMULLAH DAN LEE TUCK MULA MELAPORKAN DIRI DI KEM HIJAUKUNING
Hari ini merupakan hari pertama buat 2 pemain kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz dan Lee Andrew Tuck menyertai rakan sepasukan dalam menjalani latihan pra-musim.
Welcome to Sang Kenari Nest! pic.twitter.com/CpcGJ80cUF
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 19, 2023
Menerusi keputusan yang positif pada perlawanan lalu ketika menentang Perlis United, pasukan kendalian Nafuzi berjaya mempamerkan rentak permainan yang positif buat barisan penyokong.
Rata-rata memuji ada kelainan ditampilkan oleh Nafuzi serta aksi pemain import baharu seperti William Lira dan Bojan Ciger mendapat reaksi sangat baik.
Namun, itu dilihat bukan suatu pengukur buat Nafuzi dan aksi menentang Kelantan dilihat mungkin akan memberi cabaran lebih getir buat Sang Kenari pada malam ini di laman sendiri.
Kelantan yang tampil selaku naib juara Liga Premier musim lalu dilihat telah pun membuat sedikit rombakan, selepas mereka mendapatkan tenaga kejurulatihan baharu dari Korea Selatan.
🔰MATCHDAY!
17,000 tiket mula dijual 9.00 pagi ini. Semalam 5,000 tiket telah habis dijual, jom buktikan malam ini malam bersejarah buat pasukan Sang Kenari!
📽️LIVE Pay Per View di Facebook KDA FC
🔗https://t.co/ZtuDL6zTkN pic.twitter.com/njS0binJht— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 20, 2023
Selain itu, beberapa muka baharu tempatan dan luar negara juga telah menyertai pasukan tersebut pada musim ini dalam usaha untuk tampil mencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M).
Walaupun mereka tewas pada aksi lalu kepada Buriram United dengan keputusan 0-7, ianya tetap perlu diambil serius oleh Nafuzi, kerana Kelantan pastinya ingin mencipta kebangkitan dan tampil serba kelainan.
Merujuk kepada dua pemain kebangsaan yang baharu menyertai KDA semalam, para penyokong pastinya tertanya-tanya jika mereka akan dibawa turun beraksi menentang Kelantan.
Peluang untuk Kalamullah dan Lee Tuck pada malam esok beraksi dalam kesebelasan utama mungkin agak tipis kerana dalam proses untuk menyesuaikan diri lagi bersama rakan sepasukan.
Namun, para penyokong mungkin dapat melihat kelibat mereka sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut untuk memanaskan badan serta memberi penghormatan awal kepada para penyokong.
Berdasarkan aksi lalu, ada kemungkinan penjaga gol terbaharu KDA iaitu Fikri Che Soh akan terus dikekalkan kerana tampil cemerlang sewaktu berdepan Kelantan.
Namun, Nafuzi mungkin juga akan menguji Ifwat Akmal buat pertama kali musim ini untuk terus menilai siapa lebih layak berada dalam senarai kesebelasan utama KDA selain Kalamullah akan diberi ruang menonton terlebih dahulu di bangku simpanan.
Kalamullah di hari pertama mula bersama bahagian penjaga gol untuk mula membina kecergasan.#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #pramusim #training pic.twitter.com/Ed1GHG21K1
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 19, 2023
Pada masa sama, Lee Tuck juga mungkin akan bermula di bangku simpanan terlebih dahulu selepas gandingan para pemain tengah yang dipamerkan KDA sebelum itu juga sangat stabil.
Walaubagaimana pun, sesuatu yang sangat penting buat Nafuzi ketika ini bukan pada keputusan perlawanan semata-mata kerana beliau pastinya ingin terus meningkatkan tahap persefahaman buat para pemain kendaliannya.