Cristiano Ronaldo Beremosi Melihat Padunya Sokongan Dari Penyokong Di Arab Saudi

Cristiano Ronaldo dilihat begitu beremosi ketika beliau melihat bagaimana penyokong-penyokong dari Arab Saudi memberi sokongan yang sungguh luar biasa dahsyat kepadanya.

Reaksi beliau berjaya dirakam oleh kamera dan Ronaldo jelas sekali sangat beremosi melihat para penyokong memberi sambutan yang sungguh luar biasa kepadanya.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu akhirnya dapat juga melakukan debutnya di Arab Saudi selepas beliau dipilih untuk beraksi bersama barisan pemain dari Al-Nassr dan Al-Hilal bertemu Paris Saint Germain.

Ronaldo gagal melakukan debutnya dalam dua aksi bersama Al-Nassr sebelum ini kerana beliau terpaksa menjalani hukuman penggantungan.

Bertemu PSG, Ronaldo telah diturunkan dalam kesebelasan utama mereka dan beliau berjaya memberikan impak yang sungguh dahsyat dalam perlawanan tersebut.

Ronaldo telah mengakhiri karier gemilangnya di pentas bola sepak Eropah pada awal bulan lalu selepas beliau sah menandatangani kontrak bersama Al-Nassr.

Beliau sebelum ini berjaya mencipta nama yang sungguh dahsyat ketika beraksi bersama Sporting CP, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Melihat kepada sejarah Ronaldo, tidak hairanlah mengapa kedatangan beliau ke bumi Arab disambut dengan penuh meriah oleh para peminat.

Walau belum diturunkan untuk beraksi, Ronaldo sebenarnya sudah menyumbang sesuatu yang sungguh luar biasa untuk kelab.

Kedatangan Ronaldo membantu menaikkan jumlah pengikut Al-Nassr di media sosial dengan beliau juga membantu kelab menjana pendapatan yang sungguh dahsyat.

Ada peminat yang sanggup mengeluarkan dana bernilai £2.18 juta semata-mata untuk bertemu dan melihat Ronaldo beraksi.

Bertemu PSG, Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol dengan beliau meledak satu gol padang dan satu gol menerusi sepakan penalti.

Pemain berusia 37 tahun itu tidak bermain selama 90 minit dalam perlawanan tersebut, namun impak yang beliau tunjukkan sepanjang 61 minit beraksi benar-benar dihargai oleh peminat.

Seluruh stadium King Fahd memberikan penghormatan kepada Ronaldo ketika beliau berjalan keluar meninggalkan padang pada minit ke-61 permainan.

Kamera sempat merakam reaksi Ronaldo yang ketika itu sedang duduk di bangku simpanan bersama rakan sepasukannya, dengan bintang Portugal itu dilihat begitu beremosi melihat sokongan dari penyokong kepadanya.

Dek kerana beliau sedang dirakam oleh kamera, maka wajahnya jelas terpampang di skrin besar stadium dan para penyokong segera memberi sokongan padu sebaik melihat legenda bola sepak itu.

Ronaldo sendiri terpukau mendengar sorakan dari penyokong dan beliau kemudiannya dilihat memberikan isyarat ciuman untuk semua penyokong.

Melihat reaksi Ronaldo itu, sorakan dari penyokong menjadi semakin padu dan jelas sekali hal tersebut membuatkan bintang Portugal itu semakin beremosi.

Perlawanan tersebut dianggap sangat menarik kerana ia telah menemukan semula Ronaldo dan Messi di atas satu padang yang sama.

Kedua-dua mereka turut berusaha memberikan yang terbaik dalam usaha mereka untuk menghibur para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Menariknya lagi, kedua-dua Ronaldo dan Messi berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut dan jelas sekali kesemua penyokong yang hadir sangat berpuas hati menonton perlawanan tersebut walau ia sekadar aksi persahabatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN