2 Kelab Dari Korea Selatan Intai Khidmat Safawi Rashid

Impak daripada kejayaan skuad Malaysia B-23 mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir dalam saingan AFC B-23 di China ternyata telah mencuri perhatian beberapa pencari bakat dari kelab luar negara.

Biarpun kecundang 1-2 kepada Korea Selatan di suku akhir, persembahan anak buah Datuk Ong Kim Swee itu telah memikat ejen dari kelab Indonesia, Jepun dan Thailand untuk mendapatkan khidmat pemain muda yang berusia 18 tahun, Akhyar Rashid seperti dilaporkan oleh media tempatan semalam.

Terbaru, seorang penulis bola sepak daripada media asing, John Duerden melaporkan 2 buah kelab bola sepak dari Korea Selatan dikhabarkan berminat untuk mendapat khidmat penyerang skuad Malaysia B-23 iaitu Safawi Rashid.

Pemain JDT ini mempamerkan prestasi memukau ketika dalam saingan AFC B-23 dan telah menjaringkan 2 gol dalam kejohanan itu.

Namun begitu, John enggan mendedahkan nama kelab dari Korea Selatan itu dan dijangka akan ada tawaran rasmi untuk mendapatkan khidmat Safawi secara pinjaman.

Safawi adalah antara pemain yang paling berpengaruh di atas padang. Beliau sering memberi ancaman di kawasan pertahanan lawan ketika skuad Malaysia B-23 menentang Korea Selatan di suku akhir.

Aspek ini sangat penting untuk dimiliki oleh mana-mana pemain muda. Pemain yang berpengaruh di dalam padang biasanya akan menaikkan semangat dan keyakinan rakan-rakan yang lain untuk memburu kemenangan.

Aksi Safawi ketika menentang Korea Selatan di peringkat suku akhir kejohanan AFC B-23.

Namun boleh dikatakan sepanjang kempen saingan AFC B-23 ini, Safawi berjaya menarik perhatian semua pihak dalam setiap perlawanan.

Beliau adalah pemain Malaysia yang pertama menjaringkan gol dalam kejohanan ini. Kami berharap musim 2018 akan lebih cemerlang untuk Safawi sama ada di kelab ataupun negara.

Beliau sudah bersedia untuk menjadi pemain utama skuad kebangsaan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN