Mats Hummels Akui La Liga & Premier League Lebih Kompetitif Berbanding Bundesliga

Liga manakah yang merupakan liga paling kompetitif di Eropah?

Perdebatan itu masih lagi menjadi perbualan hangat peminat bola sepak di serata dunia.

Ada yang mengatakan La Liga yang terbaik, dan ada juga yang mengatakan Premier League lebih cemerlang berbanding mana-mana liga di dunia.

Tapi apa kata Mats Hummels?

Bagi pertahanan Bayern Munich itu, La Liga dan Premier League merupakan 2 liga yang paling kuat di dunia ketika.

Kekuatan yang dimiliki oleh dua liga tersebut nyata tidak mampu ditandingi oleh liga beliau bermain iaitu Bundesliga.

“Bagi saya, La Liga dan juga Premier League merupakan 2 liga yang terkuat ketika ini.”

“Oleh itu, adalah penting untuk kami di Bundesliga berhati-hati kerana jika kami tidak berhati-hati maka kami boleh tergelincir di belakang liga lain pula.”

Dalam masa yang sama, Hummels juga mengaki kekurangan pesaing yang konsisten menjadi punca mengapa Bundesliga dilihat kurang kompetitif berbanding liga-liga lain.

Sevilla’s Argentinian defender Gabriel Mercado (R) vies with Betis’ midfielder Fabian Fabian (L) during the Spanish league football match Real Betis vs Sevilla FC at the Benito Villamarin stadium in Sevilla on February 25, 2017. / AFP / CRISTINA QUICLER (Photo credit should read CRISTINA QUICLER/AFP/Getty Images)

“Bundesliga sebenarnya kehilangan 2,3 lagi pasukan yang konsisten dalam mengumpul 3 mata.”

“Oleh sebab itu, pendahuluan yang Bayern Munich peroleh ketika ini sebenarnya tidak bagus untuk Bundesliga dari sudut tahap kompetitif sesebuah liga.”

Buat masa ini, Bayern Munich sedang menguasai carta liga dengan perbezaan 16 mata di hadapan pencabar terdekat iaitu Bayer Leverkusen.

Walaupun mempunyai permulaan sukar di awal musim, Bayern Munich tetap berjaya menjadi pendahulu liga selepas kembalinya Jupp Heynckes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN