Faiz Subri sudah pun terbang ke Zurich. Beliau membawa harapan yang sangat besar untuk menjadi orang Malaysia dan Asia yang pertama memenangi Anugerah Puskas.
Jaringan mencabar hukum Fizik beliau di Stadium Bandaraya menjadi bualan seluruh dunia. Ramai juga meletakkan ia calon utama untuk memenangi Anugerah Puskas.
Kepada yang masih belum mengundi, adalah lebih baik untuk anda klik pautan di bawah untuk mengundi.
Caranya sangat mudah, cuma klik undi pada salah seorang finalis Anugerah Puskas. Kami menyarankan anda undi Faiz Subri.
Tarikh tutup untuk undian ini adalah 9 Januari 2017. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2017 pada malam gala Anugerah FIFA Best.
Mungkin atas sentimen Malaysia satu hal, namun dari segi kualiti ia tetap jaringan yang tercantik pada pandangan kami. Kepada yang terlupa atau tidak tahu bagaimana visual gol Faiz Subri, ini sedutannya.
Faiz Subri (Pulau Pinang vs. Pahang – MSL ) Sepakan Percuma Mencabar Hukum Fizik
Ini pula 2 lagi finalis untuk Anugerah ini, untuk rujukan anda.
Marlone (Corinthians vs Corbresal – Copa Libertadores) Sepakan Gunting
Daniuska Rodriguez (Colombia vs.Paraguay – Piala Dunia(W) B-17) Jaringan Solo
Cepat Undi!
Ketepikan apa jua sentimen dan rasa malas untuk mengundi. Jika anda berpendapat ini adalah jaringan nasib. Boleh dikatakan majoriti pemenang Anugerah Puskas ada elemen nasib.
Jika ia clear cut chance yang bukan ‘nasib’ maka tidak mungkin akan tercalon ke sini kecualilah ia dilakukan dengan skil individu yang memukau dan permainan kombinasi yang luar biasa.
Ini adalah pencapaian sekali dalam seumur hidup. Perkara yang sama berlaku ketika Roberto Carlos melakukan sepakan UFO beliau suatu ketika dahulu.
Kami di semuanyaBOLA mendoakan yang terbaik untuk Faiz Subri. Jom kongsikan artikel ini. Sebarkan agar ia dibaca oleh mereka yang masih belum mengundi lagi!
Baca juga: Faiz Subri Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016, Cepat Undi Sekarang!