2 Gol Salah Bantu Liverpool Atasi Red Star Belgrade 4-0

2 gol Salah berjaya membantu The Reds menang 4-0 ke atas Red Star Belgrade di Anfield dalam aksi UCL pada awal pagi tadi waktu Malaysia. 2 gol Salah dihasilkan dengan 1 gol pada setiap babak.

Pasukan pelawat memulakan perlawanan dengan sangat baik dan mendesak Liverpool untuk bertahan.

Liverpool hanya mendapat rentak perlawanan mereka sekitar minit ke-20 dan itulah detik mereka menjaringkan gol pertama menerusi Roberto Firmino hasil umpanan Robertson.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055178282889609218

Firmino kini menjadi penyerang Liverpool paling aktif terlibat secara langsung dengan gol di UCL sejak musim lalu.

Liverpool kemudian mengukuhkan dominasi mereka dalam perlawanan dan mulai mengawal tempo permainan.

Sebelum rehat Mohamed Salah meletakkan Liverpool 2 gol di hadapan. Beliau menerima ‘assist’ licik daripada Shaqiri.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055184374294036480

Shaqiri dan Robertson kini menjadi antara pembekal utama gol Liverpool dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Bersambung babak ke-2, Liverpool meneruskan dominasi mereka. Mohamed Salah menambah 1 lagi gol menerusi sepakan penalti.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055190601405218817

2 gol Salah menandakan beliau sudah mencapai separuh abad (half centurion) untuk Liverpool ataupun sudah melakukan 50 gol.

Liverpool dihadiahkan 1 lagi penalti namun gagal disempurnakan oleh Sadio Mane. Walaubagaimanapun, Sadio Mane menebus kegagalannya dengan menjaringkan gol ke-4 Liverpool pada minit ke-81 hasil daripada umpanan Sturridge.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055198043300159492

2 gol Salah dikuti masing-masing 1 gol oleh Firmino dan Mane membolehkan Liverpool menang 4-0 ke atas Red Star Belgrade. Liverpool menduduki tangga teratas kumpulan C selepas 3 perlawanan setakat ini.

Dalam satu lagi perlawanan, PSG terikat 2-2 dengan Napoli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN