Lencongan Di Maria Selamatkan PSG Daripada Tewas Kepada Napoli

Gol lencongan Di Maria berjaya menyelematkan PSG daripada kekalahan ke-2 mereka dalam kempen UCL musim ini.

PSG ternyata diberikan tentang sengit oleh Napoli di Parc des Princes. Malah pada separuh masa pertama skuad bimbingan Carlo Ancelotti adalah pasukan yang lebih baik dengan 57% penguasaan bola.

Napoli terlebih dahulu di hadapan menerusi gol ‘chip’ cantik oleh Lorenzo Insigne hasil satu hantara diagonal ke dalam oleh Callejon. Saksikan di sini:

Cantik bukan?

Insigne meneruskan kecemerlangan beliau dalam kempen UCL pada kali ini.

Bersambung babak ke-2, PSG menggandakan asakan dan mereka mencipta lebih banyak peluang ke arah gol. Malang untuk pemain pertahanan Napoli Mario Rui yang tertampan bola ke gawang sendiri. Beliau antara pemain yang cemerlang.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055193135108755456

Ketika PSG berusaha mencari gol pendahuluan, mereka dikejutkan sekali lagi oleh Napoli. Kali ini giliran Dries Mertens meletakkan Napoli di hadapan pada minit ke-77.

Beliau mengambil kesempatan ketika bola ditampan oleh pertahanan lawan jatuh di hadapan beliau dan disudahkan oleh beliau.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055197785652453377

Ketika Napoli berkira-kira untuk membawa pulang 3 mata berharga, gol lencongan Di Maria pada masa kecederaan berjaya menyelamatkan PSG daripada dikalahkan di tempat sendiri oleh Napoli.

https://twitter.com/si_soccer/status/1055201247450595329

Satu teknik sepakan yang sangat baik dan Di Maria memang ada potensi yang tinggi menjaringkan gol daripada keadaan sebegini sekiranya diberikan ruang.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2. Napoli pastinya kecewa kerana gagal mempertahankan gol pendahuluan mereka pada masa kecederaan.

PSG kini berad di tangga ke-3 selepas 2 perlawanan keciciran mata. Dengan kemenangan Liverpool dalam satu lagi perlawanan, Napoli kini berada di tangga ke-2.

Nampaknya persaingan kumpulan C kian menarik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN