3 Bantuan Gol Achraf Hakimi Bantu Dortmund Belasah Atletico 4-0

3 bantuan gol Achraf Hakimi telah membantu pasukannya, Borussia Dortmund membelasah Atletico Madrid 4-0.

Pemain yang dipinjam oleh Borussia Dortmund untuk tempoh 2 musim dari Real Madrid itu ternyata menunjukkan aksi terbaik beliau dalam jersi Dortmund setakat ini.

Beliau juga menunjukkan aksi cemerlangnya dalam kempen UCL pada musim ini.

Borussia Dortmund di hadapan pada separuh masa pertama hasil gol Axel Witsel selepas menerima umpanan Achraf Hakimi.

Bersambung babak kedua, giliran Raphaël Guerreiro pula menyempurnakan satu lagi bantuan gol Achraf Hakimi pada minit ke-73.

Hatrik bantuan gol Achraf Hakimi hadir pada minit ke-83, apabila beliau melorongkan bola kepada pemain muda sensasi Dortmund musim ini Jadon Sancho.

https://twitter.com/goalstv77/status/1055201294804234240

Sebelum wisel penamat Raphaël Guerreiro menambah derita Atletico dengan gol kedua peribadi beliau dan memastikan pasukannya menang 4-0.

Ini adalah kekalahan terbesar oleh Atletico Madrid di bawah kendalian Diego Simeone dalam kancah UCL.

Borussia Dortmund dilihat berada dalam prestasi terbaik dan memberangsangkan pada musim ini dengan adunan pemain muda dan pemain berpengalaman.

Kemenangan ini membolehkan Borussia Dortmund kekal dengan kemenangan 100% dalam UCL setakat ini. Ini adalah kedudukan untuk kumpulan A.

Dalam satu lagi perlawanan debut Thierry Henry dengan AS Monaco dalam UCL berakhir dengan seri 1-1 dengan Club Brugge.

Leave a Reply