Manchester United menang 2-1 ke atas Liverpool dalam aksi derbi Barat Laut yang berlangsung di Old Trafford.
Manchester United mendahului pada minit ke-15 menerusi Marcus Rashford. Satu usaha menarik menewaskan perangkap ofsaid. Beliau memintas bola dan melakukan lencongan ke arah kiri Loris Karius.
Liverpool mendapat peluang menyamakan kedudukan namun Mane gagal menjangkau hantaran lintang Roberto Firmino.
Minit ke-23 Van Dijk gagal menyempurnakan peluang depan gol. Tandukan beliau terkena bahu. Tak lama kemudian, Rashford menghukum Liverpool selepas keadaan pergelutan di depan gol.
Separuh masa pertama, Man. United masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.
https://twitter.com/Squawka/status/972461410855866373?s=19
Bersambung babak kedua, Liverpool berterusan menyerang ke kubu lawan namun United bertahan sangat baik.
Liverpool merapatkan jurang selepas Eric Bailly tertampan bola je gawang sendiri minit ke-66. Ianya berpunca daripada hantaran lintang Mane yang deras gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Bailly.
Kedua dua pengurus melakukan beberapa pertukaran taktikal dan teknikal. Wijnaldum melakukan percubaan deras yang dihadang Chris Smalling.
Pengadil memberikan masa kecederaan selama 6 minit. Namun Liverpool gagal untuk mendapatkan gol penyamaan. Man. United menang 2-1. Dan mengekalkan kedudukan tempat kedua.