Jupp Heynckes Beri Bayangan Kekal Bersama Bayern Munich Musim Hadapan

Jupp Heynckes sekali lagi membuatkan ramai pihak tertanya-tanya mengenai masa hadapan beliau bersama Bayen Munich apabila berkata beliau belum komited sepenuhnya untuk bersara selepas tamat musim ini.

Bayern Munich melantik jurulatih berusia 72 tahun itu sebagai pengendali sementara kelab Bavarian itu selepas Carlo Ancelotti dipecat daripada kedudukan tersebut pada Oktober tahun lalu.

Ancelotti mengucapkan selamat tinggal kepada gergasi Bundesliga itu selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain dalam perlawanan peringkat kumpulan pertandingan UEFA Champions League.

. (Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Di dalam satu temuramah oleh Sport Bild pada Rabu lalu, Heynckes memberi bayangan akan bersara selepas tamat musim Bundesliga pada musim ini, dan turut memberi bayangan bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel sebagai pengganti beliau.

Namun dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Hamburg semalam, Heynckes menyangkal kata-kata beliau bersama Sport Bild sebelum ini.

“Saya hanya boleh berkata bahawa belum ada apa-apa keputusan setakat ini. Setahu saya, belum ada kenyataan rasmi daripada saya yang mengatakan akan bersara pada musim panas akan datang,” ujar Heynckes.

(Photo by Andreas Gebert/Anadolu Agency/Getty Images)

Heynckes kemudian bertanya kepada kumpulan media yang berkumpul di hadapan beliau, sama ada beliau pernah membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu sebelum berkata:

“Saya hanya merujuk kepada perjanjian sebelum ini bersama Bayern Munich. Dan pada masa ini semua persetujuan masih merujuk kepada kontrak asal tersebut,” jelas Heynckes.

“Mengenai temubual bersama Sport Bild, saya hanya memberikan penghargaan kepada bekas rakan sejawat, Thomas Tuchel yang saya kenali secara perbadi. Jika anda mengikuti keseluruhan konteks temubual itu, ia tidak membawa maksud seperti yang kebanyakkan anda fikirkan,” tambah beliau lagi.

Jawatan Ketua Jurulatih Bayern Munich terus menjadi tanya selepas ini. Beberapa nama besar termasuk pengendali skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low turut dikaitkan ke jawatan itu sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN