MSL 2018: Gol Tunggal Marcos Antonio Lebur Rekod Bersih Terengganu FC

Terengganu FC setakat ini belum lagi tewas dalam semua perlawanan meliputi semua pertandingan di dalam Liga Malaysia 2018.

Formasi 4-3-3 terus menjadi sandaran Irfan Bakti pada malam ini.Tidak ada banyak perbezaan dalam kesebelasan utama skuad Irfan Bakti dengan Nasrullah Hanif terpaksa direhatkan selepas menerima 3 layangan kad kuning sebelum ini.

Tempat beliau dijangka akan diambil alih oleh Abdul Latiff Suhaimi, bergandingan dengan tongak import Igor Zonjic di bahagian tengah benteng pertahanan.

Bagi pasukan pelawat, nama Nicolas Fernandez pasti menjadi tumpuan sebagai pengganti Jorge Pereyra Diaz. Namun demikian, JDT kelihatan pincang tanpa beberapa tongak utama seperti Luciano Figueroa yang tiada di dalam senarai pemain, dan Safiq Rahim berada di bangku simpanan.

Raul Longhi yang masih memburu kemenangan pertama sebagai pengendali sementara dijangka terus mempertaruhkan formasi 4-3-3, dengan Hazwan, Cabrera dan Azrif dijadikan sebagai gandingan hadapan, sambil Nicolas akan tampil sebagai pemain dengan peranan No.10 di dalam pasukan.

Sumber: JST, Facebook.

Separuh masa pertama

Hangat. Demikianlah gambaran terbaik perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan selepas 10 minit pertama perlawanan.

Kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh berhati-hati, namun suasana tegang itu dapat dirasai tatkala bahagian tengah kedua-dua pasukan cuba melakukan penguasaan.

Sumber: JST, Facebook.

Peluang terbaik Terengganu untuk berada di hadapan tiba pada minit ke-12, selepas serangan bertali arus, namun Tchetche Kipre sedikit lambat menyambar hantaran lintang deras oleh Lee Tuck.

Thierry Bin menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Nicolas Fernandez dalam perlawanan ini.

JDT akhirnya di depan selepas Marcos Antonio yang tidak dikawal mudah menolak masuk gerakan set-pieces hasil sepakan percuma Nicolas Fernandez dari sebelah kanan serangan pada minit ke-29 perlawanan.

Sumber: JST, Facebook.

Terengganu melepaskan peluang menyamakan kedudukan apabila situasi satu lawan satu menyaksikan Farizal Marlias berjaya menampan keluar percubaan Tchtche Kipre pada minit ke-44 perlawanan.

Babak pertama perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan Terengganu FC 0 JDT 1.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan bermula, Terengganu FC gigih melakukan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.

Namun demikian, beberapa gerakan dan peluang daripada sepakan penjuru gagal dimanfaatkan oleh anak buah Irfan Bakti.

Sumber: JST, Facebook.

Dua pertukaran pemain selepas itu turut gagal mengubah keadaan dengan Terengganu terus buntu di hadapan gol.

Minit ke-75 menyaksikan Tchetche Kipre seolah-olah dijatuhkan di dalam kotak penalti, namun pengadil memberi isyarat supaya perlawanan diteruskan.

Sumber: JST, Facebook.

Minit ke-82 perlawanan, menyaksikan rembatan Tchetche Kipre dari luar kotak penalti selepas berjaya melepasi kawalan daripada dua pertahanan JDT tinggi melewati palang.

Tandukan rendah dari jarak dekat oleh Safiq Rahim seminit selepas itu turut diselamatkan oleh Suffian Rahman untuk kedudukan kekal 1-0, menuju lima minit terakhir babak perlawanan.

Empat minit masa tambahan diberikan pengadil, kedudukan kekal Terengganu FC 0 JDT 1.

Kesebelasan utama

Terengganu FC: Suffian Rahman (PG), Fitri Omar, Kamal Azizi, Lee Andrew, Thierry Bin (88′ Wan Ahmad) , Abdul Malik Ariff (55′ Lee Junyeob), Shahrul Aizad, Andul Latiff Suhaimi, Tchetche Kipre (K), Igor Zanjic, Faiz Nasir (55′ Ashari Samsudin)

JDT: Farizal Marlias (PG), Marcos Antonio, Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera (90+2′ Safawi Rasid), S. Kunanlan, Hariss Harun, Nicolas Fernandez z (70′ Safiq Rahim), Azrif Nasrulhaq (78′ Darren Lok), Corbin Ong, Fadhli Shas, Natxo Insa (K)

Pengadil perlawanan: Zulkarnaian Zakaria
Penolong pengadil 1: Mohd Yusri Mohamad
Penolong pengadil 2: Muhammad Farhan Abd Aziz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN