2 Doktor Didakwa Kerana Kecuaian Yang Menyebabkan Kematian Davide Astori

2 orang doktor telah dikenakan pertuduhan berkaitan dengan kematian Davide Astori. 2 doktor tersebut adalah orang yang bertanggungjawab mengesahkan bahawa Davide Astori cergas untuk bermain meskipun sebelum itu pemain tersebut ada menunjukkan ada tanda-tanda sakit jantung.

Kecuaian 2 doktor tersebut dalam mengesahkan pemain tersebut sebagai cergas dan boleh bermain – telah menyebabkan Davide Astori meninggal dunia kerana kegagalan jantung.

2 doktor itu kini disabitkan dengan kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Pendakwaraya di Floreance telah mengesahkan akan perkembangan kes tersebut.

Kapten Fiorentina, Davide Astori ditemui meninggal dunia di hotel terletak di Udine pada 4 Mac, dalam rangka persiapan beliau untuk bermain menentang Udinese – dalam perlawanan Serie A.

Post mortem selepas bedah siasat ke atas mendiang mendapati; Davide Astori meninggal dunia kerana bradyarrhythmia – satu kondisi di mana jantung terlalu lemah dan terhenti.

Sepatutnya 2 doktor itu tidak membuat pengesahan tak tepat. Jika mereka cekap di dalam tugasan, nyawa Davide Astori mungkin boleh diselamatkan dengan diarahkan untuk menjalani rawatan.

2 doktor tersebut menandatagani borang kecergasan pemain yang mengesahkan pemain tersebut tiada masalah untuk bermain.

Dalam bola sepak, pada rangka persiapan – para pemain tetap mengalami rasa gemuruh. Sebab itu pemain yang ada masalah dengan jantung sepatutnya tidak dibenarkan terlibat dalam perlawanan dan diarahkan menjalani rawatan intensif jika perlu.

Akhbar di Florence – La Nazione menerbitkan satu laporan lengkap tentang 2 ujian electrocardiogram yang dijanlankan ke atas pemain itu pada Julai 2016 dan Julai 2017.

Kedua-dua laporan itu menunjukkan keputusan yang tidak normal pada degupan jantung Astori. Namun malangnya 2 doktor tersebut tidak mengendahkan laporan itu dan yakin Astori tiada masalah jantung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN