Jadon Sancho, Shaw Catat Peratusan Kenaikan Memberangsangkan, 2 ‘Fullback’ Liverpool Terus Meningkat

CIES Football Observatory dalam penilaian mingguan kali ini -melaporkan nilai pemain sayap England – Jadon Sancho – telah meningkat sebanyak 806% kepada £79.44 juta dalam masa hanya 3 bulan.

Jadon Sancho menyertai Borussia Dortmund dengan nilai £10 juta dan valuasi harga beliau pada 2017 adalah sekitar £8.77 juta – menurut CIES.

Jadon Sancho baru berusia 18 tahu dan memutuskan untuk menyertai Borussia Dortmund daripada Man. City pada musim ini. Beliau cemerlang membantu Borussia Dortmund kekal di puncak liga sehingga tarikh artikel ini ditulis.

DORTMUND, GERMANY – MAY 05: (EDITORS NOTE: Image has been digitally enhanced.) Jean-Philippe Gbamin (L) of Mainz and Jadon Sancho (R) of Dortmund in action during the Bundesliga match between Borussia Dortmund and 1. FSV Mainz 05 at Signal Iduna Park on May 5, 2018 in Dortmund, Germany. (Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images )

Sancho juga cemerlang dalam aksi Revierderby di antara Borussia Dortmund dan Schalke 04 baru-baru ini dengan menjaringkan gol kemenangan.

Pada Oktober 2018, beliau melakukan debut bersama England. Beliau sudah menjaringkan 6 gol daripada 21 penampilan dengan Dortmund musim ini.

Seterusnya pemain Juventus, Joao Cancelo berjaya meningkatkan nilai pasarannya sebanyak £41.5 juta kepada £67.08 juta dalam pasaran semasa.

Bek kiri berusia 24 tahun Liverpool – Andrew Robertson – telah meningkatkan nilai pasarannya sebanyak £28.92 lagi kepada £72.12 juta.

Bintang Everton – Richarlison meningkatkan nilai pasarannya kepada £68.96 daripada nilai sebelum ini iaitu £45 juta. Harga dibayar Everton adalah £50 juta ke atasnya sebelum ini.

Richarlison memulakan musim 2017/18 dengan sangat baik dan turut dipanggil ke skuad kebangsaan Brazil. Namun selepas itu isu konsistensi membuatkan nilai pasaran beliau gagal melonjak lebih tinggi.

Bek kiri Man. United, Luke Shaw berjaya meningkatkan nilai beliau sebanyak £21.43 juta kepada £30.47 juta. Sebelum ini, Luke Shaw hanya diletakkan nilai £9.04 juta oleh CIES. Ternyata musim ini Luke Shaw berjaya membuktikan kualiti beliau.

Seorang lagi bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold pula melonjakkan nilai pasarannya sebanyak £23.32 juta kepada £98.72 juta dalam pasaran semasa mengikut CIES.

Berikut adalah senarai 10 teratas untuk kenaikan harga berdasarkan angka wang.

Nota editor: Nilai di atas ini adalah dalam euro (€)

Sementara itu, ini adalah 10 teratas berdasarkan kenaikan mengikut peratusan daripada nilai sebelum ini. Jadon Sancho, Marco Reus adalah 2 pemain Dortmund yang berada dalam 5 teratas. Manaka Luke Shaw menjadi pemain EPL yang paling tinggi perausan kenaikan nilai pasaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN