Ronaldo: “Juventus Perlukan Marcelo Bukannya Bale, James Rodriguez Ataupun Asensio”

Cristiano Ronaldo menyuarakan pandangan beliau secara terbuka kepada wartawan yang menulis bahawa, Juventus mungkin perlu membawa beberapa bintang Real Madrid lagi ke kelab itu.

Antara nama yang dikaitkan ialah Gareth Bale yang memiliki keupayaan menjaringkan gol serta sangat lasak.

Seterusnya, mereka juga menyatakan James Rodriguez adalah sasaran yang paling realistik kerana pemain itu mungkin tidak akan mendapat kontrak tetap di Bayern Munich. Ini selepas James tidak sehaluan dengan Niko Kovac.

Asensio juga nama yang dirasakan perlu dipertimbangkan oleh pengurusan Juventus.

Namun Cristiano Ronaldo tidak setuju dengan pandangan itu. Ini kerana menurut beliau Juventus sudah cukup kualiti untuk pemain serangan. Sebaliknya beliau merasakan Marcelo adalah pemain yang diperlukan Juventus bagi menguatkan lagi pasukan mereka.

Ronaldo memberitahu Gazzetta dello Sport: “Saya ada terbaca kamu menulis tentang James [Rodriguez], Bale, Asensio. Dan jika saya perlu jujur, Juventus sebenarnya tidak perlukan pemain-pemain seperti itu.”

“Kamu harus bercakap dengan Presiden kelab selepas ini, saya tak tahu.”

“Pada pandangan saya, Marcelo adalah pemain yang sangat kuat, kami sentiasa terbuka menerima pemain yang bagus. Marcelo salah seorang daripadanya.”

Ditanya, bagaimana perasaan beliau sekiranya bertemu dengan pasukan Real Madrid? Ronaldo menjawab: “Bagi saya, yang lepas adalah lepas. Sekarang ini saya ingin menang bersama Juventus. Saya perlu berjuang untuk warna ini, dan perkara lain itu tidak penting.”

“Jika saya bermain menentang Real Madrid, saya tetap akan memberikan aksi terbaik untuk Juventus.”

Ronaldo sudah pun bertemu dengan Man. United – bekas kelab beliau – pada musim ini. Beliau meraikan gol dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN