18 Pemain PNL2 Minta Presiden PFA Buktikan 4 Penaja Itu Wujud Atau Cuma Wayang?

Sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menyatakan; gara-gara isu tunggakan gaji yang dibangkitkan oleh para pemain Perlis, membuatkan pasukan itu hilang 4 penaja utama.

Dipetik dari sumber Berita Harian, Ahmad Amizal menyatakan perjanjian itu sudah 95% hampir dimeterai. Namun penaja menarik diri selepas publisiti negatif daripada cerita tunggakan gaji.

Amizal yang menangis dalam sidang media itu menyatakan Perlis kehilangan jutaan ringgit daripada kegagalan memeterai tajaan itu, dan meyifatkan kini Perlis sudah tiada apa-apa.

Presiden PFA yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit

Antara sebab yang membuatkan mereka hilang penaja adalah kerana pemain enggan melapor diri dalam latihan pra-musim di Kuala Lumpur. Menurut Amizal, PFA meminta pemain melapor diri di Kuala Lumpur kerana mahu mendekatkan para pemain dan pasukan Perlis dengan penaja. Sekaligus untuk menambat hati dan keyakinan para penaja.

Perkara itu mendapat perhatian daripada 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL2) yang mempersoalkan kejujuran Presiden PFA itu. Mereka juga tidak mahu ianya sekadar gimik dan menampakkan para pemain yang ‘bising’ soal tunggakan gaji sebagai punca penaja lari.

Mereka mahukan bukti, sama ada penaja-penaja yang dimaksudkan itu benar-benar wujud ataupun cuma ‘wayang’. Kapten PNL 2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman menganggap kenyataan Datuk Ahamd Amizal itu sebagai tidak jelas ataupun samar-samar.

Ezzrul berkata kepada Berita Harian: “Tidak mungkin hanya kerana PNL berpangkalan di Perlis, para penaja akan lari daripada persetujuan mereka. Ini kerana mereka lebih arif dalam mengendalikan situasi seperti ini.”

Beliau juga berpendapat, biasanya akan ada sekurang-kurangnya seorang wakil penaja akan memantau latihan dan pengurusan pasukan di Perlis.

Ezzrul menegaskan sekali lagi: “Mustahil penaja tidak arif dalam hal seperti ini. Sepanjang karier saya dalam sukan bola sepak, selalunya penaja akan bersetuju dan menandatangani kontrak untuk menaja pasukan selewatnya sebulan dari liga bermula atau pada pra-musim.”

Lantas mereka mempersoalkan, betulkah ada 4 penaja yang menawarkan jutaan ringgit itu mahu menaja Perlis? Ataupun ianya sekadar gimik? Ini kerana, pada ketika ini Perlis sedang dilanda krisis hutang sejak bertahun-tahun lamanya.

Ezzrul Ikmanizar berhujah lagi: “Saya kurang yakin dan berharap pihak berkenaan agar tampil dengan penjelasan tentang situasi sebenar bukannya sekadar cakap sahaja.”

Ezzrul dan 17 rakannya berharap Presiden PFA berpegang kepada janji untuk bertemu dengan mereka pada 25 Januari ini.

“Kami berpegang kepada kata-kata beliau [Ahmad Amizal] walaupun sebelum ini beliau banyak berdolak-dalih ketika kami bertanyakan tentang status tunggakan gaji kami dan bila masa kami boleh berjumpa dengan beliau.”

Ezzrul menyatakan jika kali ini Amizal ‘lari’ sekali lagi, mereka akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa dengan melaporkan salah laku pengurusan PFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN