Copa Del Rey: Barcelona Tetap Mara Walaupun Levante Melakukan Bantahan Kerana Turunkan Chumi

Barcelona berjaya mengelakkan diri daripada disingkirkan daripada Copa Del Rey selepas bantahan daripada Levante yang mendakwa Barca menurunkan pemain tidak sah.

Pada Jumaat, Levante menghantar surat bantahan. Mereka merasakan pertahanan Barca bernama Chumi sebagai pemain tidak sah. Chumi diturunkan dalam perlawanan pertama di antara kedua-dua pasukan. Levante menang 2-1 dalam perlawanan pertama tersebut.

Menurut Levante, Chumi sepatutnya menjalani penggantungan selepas mengutip 5 kad kuning dengan Barcelona B.

Oleh kerana pemain itu yang terlibat dalam perlawanan pertama Copa Del Rey di antara kedua-dua pasukan, Levante merasakan Barca seharusnya disingkirkan daripada kejohanan itu – atas alasan menurunkan pemain tidak sah.

Namun begitu, hakim Carmen Perez menyatakan bantahan oleh Levante itu dihantar terlalu lewat iaitu pada Jumaat selepas kekalahan mereka 3-0 di tangan Barca pada perlawanan kedua.

Perlawanan kedua di antara mereka berlangsung pada Khamis. Dan Barca mara ke suku akhir Copa Del Rey.

RFEF dalam kenyataan mereka menyatakan: “Keputusan penghakiman oleh Carmen Perez, mengambil kira regulasi yang memberikan impak dalam RFEF, bahawasanya bantahan itu dilakukan Levante pada 9.33 pagi pada Jumaat.”

“Ianya berada di luar waktu akhir [deadline] bantahan tersebut sepatutnya dilakukan.”

“Apabila bantahan itu dikaji, hakim pertandingan telah mengambil keputusan untuk mengekalkan keputusan – dan mengekalkan tempat Barcelona dalam undian suku akhir pada petang ini [semalam], atas sebab-sebab seperti dinyatakan sebelum ini.”

Ernesto Valverde pula menempelak Levante dan memberitahu tindakan pasukan itu seolah-olah mahu menunjukkan Barcelona tidak tahu peraturan.

Barcelona’s Spanish coach Ernesto Valverde gestures during a press conference at the FC Barcelona’s Joan Gamper sports center in Sant Joan Despi, near Barcelona on October 13, 2017, on the eve of a Spanish League football match against Club Atletico de Madrid. / AFP PHOTO / PAU BARRENA (Photo credit should read PAU BARRENA/AFP/Getty Images)

Valverde berkata, penggantungan Chumi akan aktif pada Ahad lalu dalam perlawanan liga menentang Eibar.

Valverde juga menyatakan, berdasarkan pengetahuan beliau, perubahan peraturan pada November menyatakan; pemain daripada pasukan pembangunan boleh beraksi dalam pasukan utama selagi-lagi tidak digantung melebihi 2 perlawanan.

Valverde berkata: “Kami tak pernah ragu bahawa Chumi boleh bermain sama ada sebelum sepak mula ataupun ketika perlawanan. Rasanya kami akan tetap berada dalam senarai undian esok [semalam – Jumaat].”

“Kami tahu dengan jelas bahawa hukuman ke atas Chumi, kami tak boleh gunakan beliau dalam perlawanan menentang Eibar, tetapi boleh dalam pertandingan piala.”

“Kami yakin kami sudah melakukannya berdasarkan peraturan yang betul, kami telah menang dengan cara sepatutnya. Itu jelas sekali.”

Hasil undian itu, Barcelona akan berhadapan dengan Sevilla pada suku akhir. Namun begitu, Levante berkeras menyatakan Barcelona seharusnya disingkirkan daripada kejohanan itu kerana menurunkan pemain tidak sah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN