Adakah Mesut Ozil Menujukan Tweet ‘Nakal’ Ini Kepada Unai Emery?

Mesut Ozil telah memuat naik status menyatakan beliau cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Chelsea. Beliau juga membuat pengesahan secara peribadi bahawa beliau sudah bersedia untuk beraksi.

Kenyataan Ozil itu membuatkan ramai pemerhati merasakan ia ditujukan kepada Unai Emery. Ini kerana sebelum ini pengurus itu telah menggunakan beberapa alasan termasuk sakit belakang, tidak sihat, sakit lutut, tidak sesuai dengan taktikal dan sebagainya.

Ozil menyatakan dalam twitternya: “Satu lagi minggu selesai dengan latihan berpasukan. Dalam keadaan bagus dan yakin.”

Ramai yang kehairanan dan merasakan ada sesuatu cuba disampaikan oleh Ozil dengan melaporkan beliau selesai menjalani latihan berpasukan. Ianya ditambah dengan pemilihan gambar oleh Ozil.

Adakah ianya ditujukan kepada Unai Emery? Ini selepas pada Khamis, Unai Emery memberikan pandangan beliau tentang tahap kecergasan Ozil. Emery berkata: “Ozil mengalami kecederaan, kadangkala dia okay dan kadangkala tidak. Saya mahukan pemain saya semuanya okay dalam perlawanan.”

“Beliau tidak bermain dalam perlawanan sebelum ini. Namun pada Sabtu ini, beliau kemungkinan akan bermain. Beliau kini berlatih secara konsisten. Saya mahukan pemain konsisten. Ianya tak sentiasa mudah. Apa yang paling penting adalah bagaimana beliau boleh membantu kami.”

Perlawanan menentang Chelsea sangat penting untuk Arsenal dalam usaha menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas. Jika mereka keciciran mata mereka berpotensi dipintas oleh Man. United.


Unai Emery sebelum ini menyatakan perlawanan menentang Chelsea adalah perlawanan yang harus mereka menangi selepas beberapa kali keciciran mata. Ini bagi membolehkan mereka merapatkan jurang dengan seteru sebandar mereka itu.

Mesut Ozil adalah pemain dengan gaji paling mahal dalam sejarah Arsenal. Beliau kerapkali menjadi sumber kreativiti pasukan. Namun begitu, beliau bergelut dengan taktikal Unai Emery yang memerlukan pemain sentiasa berlari dan bergerak.

Walaubagaimanapun ramai penyokong Arsenal tetap mahukan penjelasan kenapa Ozil tidak diturunkan, ataupun kenapa Unai Emery tidak berusaha mencari penyelesaian kepada isu taktikal dan teknikal melibatkan Ozil. Ini kerana Ozil memiliki kreativiti dan visi yang sangat tinggi dalam permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN