Guardiola Anggap ‘Spygate’ Bukan Perkara Baru, Label Bielsa Sebagai Unik

Guardiola

Pep Guardiola menyatakan, ‘spygate’ dalam bola sepak sudah lama berlaku terutama di negara luar England. Beliau memberikan penjelasan selepas ditanya tentang espionage tactic oleh Bielsa.

Namun begitu, Guardiola menyatakan beliau tiada masa untuk mengintip pasukan lain dengan menghantar pengintip ke pusat latihan terutama sekali ketika di England.

Insiden spygate menjadi panas apabila Frank Lampard menyelar tindakan Bielsa yang menghantar pengintip ke pusat latihan mereka.

Pep berkata: “Di negara lain, semua orang buat [pengintipan] seperti itu. Latihan pasukan sangat terbuka. Ketika di Bayern Munich, latihan kami sangat terbuka kepada orang awam dan mereka bebas merakam apa sahaja dengan kamera. Semua orang lakukannya.”

“Ianya menjadi budaya di kelab lain, bukan sahaja di bekas kelab saya. Mungkin di masa hadapan ianya sebahagian daripada kelab ini [Man. City].”

“Saya bukan bermaksud kamu harus melakukan intipan. Ini kerana ianya sebahagian daripada kelab dan liga. Namun yang pasti saya tak menghantar pengintip ke Huddersfield.”

“Bukan sahaja di lapangan bola sepak, di dalam masyarakat, semua orang saling mengintip sesama satu sama lain. Mereka nak tahu apa yang berlaku kepada seseorang. Mereka gemarkan gosip. Di mana-mana sahaja ada perkara sebegini. Bola sepak pun tidak terkecuali.”

Pep Guardiola kemudian menjawab soalan wartawan tentang; apa pandangan beliau tentang kenyataan Bielsa – di mana pengendali Leeds itu pernah menyatakan beliau berkongsi informasi hasil analisis beliau tentang Barcelona. Ketika itu Bielsa mengendalikan Athletic Bilbao.

Bielsa melakukan kajian mendalam ke atas Barcelona sebelum final Copa Del Rey pada 2012. Selepas melihat kertas kajian itu, Pep memberitahu bahawa Bielsa tahu lebih banyak tentang Barcelona daripada beliau sendiri.

Pep berkata: “Tiada pengurus di dunia ini bekerja dengan informasi seperti Bilesa. Ramai pengurus hanya menganalisis 1 atau 2 perlawanan.”

“Bielsa seorang yang unik di dunia ini. Namun yang paling penting, saya banyak belajar daripada apa yang beliau katakan kepada saya iaitu, bola sepak adalah milik pemain, ini kerana pemain yang akan memberikan keputusan atau perbezaan. Saya setuju dengan apa yang beliau katakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN