Klopp Kagumi Bielsa, Dan Menerangkan Bagaimana Liverpool Mengelak Daripada Diintip

Jurgen Klopp mengagumi dedikasi Marcelo Bielsa namun dalam pada masa yang sama merasakan semua jurulatih memang tak suka diintip ketika berlatih.

Bagi Klopp, insiden spygate ini bukan perkara baru dalam bola sepak. Oleh sebab itu jika anda tak mahu pasukan anda diintip, anda perlu ambil inisiatif untuk menyembunyikannya.

Sebaik sahaja dilantik menjadi pengurus Liverpool, di Melwood – Klopp mengarahkan agar ada tirai/langsir besar dipasang untuk mengelakkan daripada pandangan umum. Sebelum ini latihan di Melwood sangat terbuka dan Liverpool tiada tempat untuk latihan tertutup seperti yang dimiliki beberapa pasukan.

FA Inggeris dan EFL kini sedang menyiasat insiden spygate. Klopp berkata: “Kamu rasa apa tujuan kami menaikkan langsir besar itu? Ianya tidak berada di situ sepanjang minggu. Namun ada beberapa sesi tertentu ianya akan menjadi masalah jika orang lain melihat latihan kami.”

Klopp merujuk untuk sesi latihan taktikal, beliau akan cuba merahsiakannya dan menutup daripada pandangan umum.

“Daripada latihan yang kami sembunyikan itu, [jika kamu dapat lihat], ianya adalah berkaitan dengan banyak perkara termasuk situasi bola mati, kemudiannya formasi pemain. Inilah latihan yang kami lakukan di sebalik langsir.”

“Semua orang mahukan informasi sebegini namun tidak semua boleh mendapatnya. Kamu akan mengesahkan kesebelasan utama kamu apabila tiba di stadium untuk hari perlawanan.”

“Ini jelas sekali buat saya, semua orang selalunya tidak tahu bagaimana kamu akan bermain. Kamu boleh melihat kesebelasan utama tetapi masih tak pasti sistem permainan mereka.”

“Saya boleh faham kenapa beliau mahukan segala informasi seperti ini. Setiap jurulatih mahukannya. Namun kami harus menerima hakikat bahawa sukar untuk mendapatkannya.”

Klopp kemudiannya menyatakan kekagumannya terhadap Marcelo Bielsa yang sanggup meluangkan masa untuk menganalisis 51 perlawanan Derby County. Mungkin hampir tiada pengurus selain Bielsa yang ada komitmen seperti itu.

“Taklimat Bielsa itu luar biasa dan sangat mengagumkan. Tidak hairanlah sebab itu adalah Bielsa – jurulatih yang luar biasa dan model kepada cara permainan yang penuh inventif, beliau sangat-sangat sibuk – kita semua pun sibuk.”

“Apabila saya tiba di sini, saya sendiri tak pernah menonton 51 perlawanan terdahulu untuk Derby, mungkin sebab saya tiada masa untuknya – itu kenyataan jujur.”

Seterusnya Jurgen Klopp menerangkan kepada umum bagaimana 2 sesi latihan terakhir memang mengandungi segala informasi penting permainan.

“Beliau jurulatih yang sangat teliti dalam persediaan, saya hormati beliau, nanmun mungkin beberapa sesi termasuk 2 sesi dan 1 sesi terakhir sebelum perlawanan, hanya beberapa orang yang boleh melihatnya. Rasanya kita semua berpandangan yang sama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN