13 Pemain United Yang Terima Gaji Lebih Tinggi Daripada Bruno Fernandes

Manchester United Bruno Fernandes

Mungkin tidak ramai yang menyangka, Bruno Fernandes yang merupakan pemain terbaik Manchester United ketika ini menerima gaji yang jauh lebih rendah berbanding beberapa pemain utama lain di dalam pasukan tersebut.

Gaji mingguan pemain tengah Portugal berkenaan adalah sekitar £100,000 (RM540,000) dan ia hanya meletakkan beliau di tangga ke-14 dalam senarai penerima gaji tertinggi di kelab Liga Perdana Inggeris tersebut

Malah dua pemain lain yang diikat United pada musim panas lalu Donny van de Beek dan Edinson Cavani juga menerima gaji yang lebih tinggi daripadanya.

Sejak menyertai United pada Januari lalu, beliau telah memberikan impak yang cukup besar dengan menjaringkan 22 gol serta menyumbang 22 bantuan jaringan daripada 37 perlawanan dalam semua pertandingan.

Untuk memastikan Fernandes tidak dipancing oleh mana-mana kelab gergasi Eropah, pihak pengurusan United dijangka bakal menawarkan kontrak baharu yang menyaksikan kenaikan gaji dua kali ganda daripada yang diterimanya ketika ini.

Seandainya ia terlaksana, jumlah tersebut masih tidak dapat mengatasi gaji yang diterima oleh David de Gea, Paul Pogba dan Anthony Martial yang gagal mempamerkan aksi konsisten pada musim ini.

Berikut adalah senarai 13 orang pemain yang menerima gaji minggu lebih tinggi daripada Fernandes:

13. Donny van de Beek – £108,000 (RM583,000)

12. Nemanja Matic –  £120,000 (RM648,000)

11. Victor Lindelof – £120,000 (RM648,000)

10. Fred – £120,000 (RM648,000)

9. Odion Ighalo – £125,000 (RM675,000)

8. Luke Shaw – £150,000 (RM810,000)

7. Juan Mata – £160,000 (RM864,000)

6. Harry Maguire – £189,000 (RM1,021,000)

5. Edinson Cavani – £190,000 (RM1,026,000)

4. Marcus Rashford – £200,000 (RM1,080,000)

3. Anthony Martial – £250,000 (RM1,350,000)

2. Paul Pogba – £290,000 (RM1,566,000)

1. David de Gea – £350,000 (RM1,891,000)

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan Bruno Fernandes:

United Sedia Gandakan Gaji Bruno Fernandes Dalam Kontrak Baharu

Terlepas Peluang Hatrik, Bruno Fernandes Jelaskan Kenapa Bagi Rashford Ambil Penalti

Ed Woodward Beri Bayangan Man United Tak Akan Beli Pemain Januari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN