Angkara Gol ‘Menganjing’, Penyerang Stuttgart Ini Dilayang Kad Kuning

Gol Silas Wamangituka Stuttgart

Penyerang Stuttgart, Silas Wamangituka dilayangkan kad kuning oleh pengadil susulan tindakannya menjaringkan gol dengan cara yang tidak profesional dan tiada semangat kesukanan.

Kejadian yang berlaku pada waktu kecederaan perlawanan Bundesliga berdepan Werder Bremen pada Ahad, penyerang muda Republik Congo tersebut bijak memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan Jiri Pavlenka dan pemain pertahanan Omer Toprak di luar kotak penalti,

Sebaik sahaja berjaya merampas bola, Wamangituka membuat larian ke arah gol sebelum berjalan perlahan menunggu Pavlenka berlari ke arahnya sebelum membuat melakukan jaringan untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Tindakan tidak profesional pemain berusia 21 tahun tersebut telah menimbulkan kemarahan penyerang Bremen Davie Selke yang meluru ke arahnya dan kemudian dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Frank Willenborg.

Namun beberapa minit kemudian, Selke menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan namun ia tidak cukup untuk menghalang Stuttgart membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Weser.

Pemain pertahanan Stuttgart, Marc Oliver Kempf dalam temubualnya selepas perlawanan memuji aksi Wamangituka yang turut menjaringkan gol pertama pasukannya menerusi sepakan penalti.

“Kami turun dalam perlawanan ini dengan sasaran untuk mendapatkan tiga mata dan saya berbangga dengan semangat semua rakan sepasukan di atas prestasi ini,” ujar Kempf.

“Silas [Wamangituka] memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini. Semangat, kekuatan fizikal dan kelajuannya telah memberi ancaman kepada pasukan lawan.

“Lebih baik lagi apabila dia berjaya membantu kami mendapatkan tiga mata dengan dua gol yang dijaringkan.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

 

Leave a Reply