Undian untuk Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar telah dimuktamadkan sekaligus menampilkan beberapa perlawanan yang akan menjadi tumpuan.
Tatkala nasib lapan lagi pasukan untuk merebut tiga slot terakhir belum lagi diketahui, venue dan waktu perlawanan telah pun diputuskan.
Apakah perkara-perkara yang bakal menjadi tumpuan di Qatar pada November nanti?
1. Petanda daripada perlawanan pembukaan
Terdapat tanggapan perlawanan pembukaan Piala Dunia akan memberikan gambaran awal apa yang akan berlaku seterusnya sepanjang kejohanan.
Cameroon menewaskan Argentina pada 1990, dan Senegal mengalahkan Perancis pada 2002 adalah antara perlawanan pembukaan Piala Dunia yang paling diingati di dalam sejarah.
Tetapi kali ini tuan rumah yang akan menjadi fokus dan bukannya juara bertahan seperti sebelumnya. Qatar vs Ecuador akan membuka tirai kejohanan dan ia bukanlah perlawanan ‘blockbuster’ seperti yang kebanyakan peminat harapkan.
Argentina and Cameroon line up before the 1990 World Cup opening game. pic.twitter.com/toAsWzg6cz
— 90s Football (@90sfootball) August 10, 2015
Situasi sama pada edisi Piala Dunia 2018 apabila perlawanan pembukaan dianggap berprofil rendah, menyaksikan tuan rumah Rusia menewaskan Arab Saudi 5-0.
Kali ini perlawanan pembukaan di antara Qayat dan Ecuador yang dijadualkan pada 21 November di Stadium Al Bayt adalah pertemuan di antara pasukan ranking ke-51 dan ke-46 dunia.
Tetapi mungkin ada sedikit harapan hari pertama perlawanan akan menjadi tumpuan kerana edisi kali ini turut menyaksikan empat perlawanan kesemuanya akan dilangsungkan pada hari pertama kejohanan – termasuk England vs Iran.
Ini adalah kali pertama England akan turun beraksi pada hari pertama kejohanan.
2. It’s Coming Home – sekali lagi?
Lagu It’s Coming Home nyanyian David Baddiel, Frank Skinner dan kumpulan Lightning Seeds pasti akan berkumandang lagi sepanjang kejohanan. Peminat-peminat skuad The Three Lions pasti sinonim dengan bait lirik lagu tersebut.
Mana-mana pengurus sekiranya ditanya akan berpendapat tiada undian mudah di Piala Dunia kali ini. Tetapi England pasti yakin mereka memiliki peluang yang baik untuk mara ke pusingan kalah mati daripada saingan Kumpulan B.
The Three Lions begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan antarabangsa yang berlanjutan sejak 1966 apabila ditewaskan Itali di final Euro 2020 pada musim panas lalu. Sudah tentu mereka mengharapkan nasib yang lebih baik di Qatar.
OFFICIAL: England’s group for the 2022 World Cup in Qatar:
🏴 England
🇺🇸 USA
🇮🇷 Iran
🏴🏴🇺🇦 – Scotland, Wales or UkraineIT’S COMING HOME 🏴🏴🏴 pic.twitter.com/tRLAENlITa
— BMJ (@blackman_japan) April 1, 2022
Tidak dinafikan skuad kendalian Gareth Southgate adalah antara pasukan pilihan apabila memulakan kempen menentang Iran nanti.
England juga akan berhadapan Amerika Syarikat dan kemungkinan ‘derbi Inggeris’ di antara Scotland atau Wales.
England tidak pernah bertemu Iran di pentas antarabangsa. Amerika Syarikat pula memiliki beberapa pemain berkualiti dan kita tahu ancaman yang mampu mereka lakukan.
Sama ada Scotland atau Wales yang akan melengkapkan kumpulan B selepas ini, kedua-duanya pula pasti mahu yakin bakal mengiringi England ke pusingan kalah mati dari saingan Kumpulan B.
3. Peluang Ghana balas dengan kepada Suarez
Selepas 12 tahun menanti, kini Ghana memiliki peluang untuk membalas dendam terhadap Luis Suarez.
Pertemuan di antara Ghana dan Uruguay di dalam Kumpulan H akan menjadi perlawanan yang paling ‘berdendam’ di dalam kejohanan.
Pasukan dari Afrika itu hanya beberapa saat untuk layak ke separuh akhir pada 2010, hanya untuk dinafikan oleh Luis Suarez yang menghalang bola menuju masuk ke dalam gawang pasukannya menggunakan tangan pada penghujung masa tambahan.
🍿 The last time Uruguay faced Ghana in the @FIFAWorldCup was in 2010 when Luis Suárez saved a shot off the line with his hands and was sent off… ❌
🤯 Ghana then missed their pen and Uraguay went through on penalties!
👿 Revenge is brewing. pic.twitter.com/zfbh19AWwj
— SPORF (@Sporf) April 1, 2022
Suarez dilayangkan kad merah dan Asamoah Gyan pula gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil. Uruguay kemudiannya menang penentuan sepakan penalti membuatkan Ghana terpaksa ‘gigit jari’.
“Kami percaya ini adalah masa untuk balas dendam,” kata Presiden Ghana FA Kurt Okraku kepada BBC Sport Africa.
“Kami yakin telah menang perlawanan itu tetapi perbuatan Suarez menafikan hak kami. Ia pasti menarik untuk bertemu mereka sekali lagi. Ia penting untuk kami memperbetulkan rekod.”
Suarez yang kini bersama Atletico Madrid hampir pasti akan berada di dalam skuad Uruguay untuk ke Qatar.
4. Perlawanan paling jadi tumpuan peringkat kumpulan
Sepanyol vs Jerman – perlawanan paling jadi tumpuan peringkat kumpulan?
Hanya ada satu perlawanan yang boleh dianggap sebagai ‘clash of the titans’ di dalam saingan peringkat kumpulan di Qatar. Ia akan berlangsung pada 27 November membabitkan pertemuan Sepanyol vs Jerman
Kedua-dua pasukan masing-masing adalah juara edisi 2010 dan 2014 pasti mahu menebus sesuatu selepas kecewa di Piala Dunia sebelum ini.
4 – Germany will face Spain in the World Cup group stage for the fourth time, more often than against any other opponent. The Germans are unbeaten in each of those previous three games. Vamos. #WorldCupDraw #WorldCup2022 pic.twitter.com/CZQYFIpOgY
— OptaFranz (@OptaFranz) April 1, 2022
Sepanyol tersekat di pusingan 16 pasukan terbaik, manakala Jerman gagal seawal saingan peringkat kumpulan.
Pertemuan kali terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Sepanyol menang 6-0 pada November 2020 di pertandingan UEFA Nations League. Tetapi pada hari ini Jerman telah menjadi sebuah skuad yang lebih mantap di bawah kendalian Hansi Flick.
5. Sejarah bakal berulang untuk Perancis?
Perancis menewaskan Croatia untuk memenangi edisi Piala Dunia yang lalu selepas kali terakhir melakukannya pada 1998. Dan kejohanan di Qatar memiliki kaitan menarik dengan edisi 1998 dan 2018.
Untuk Piala Dunia di Qatar nanti, sekali lagi Perancis diundi bersama Denmark di dalam Kumpulan D. Dua kali Perancis bergelar juara sebelum ini, mereka juga diundi bersama Denmark di peringkat kumpulan.
2 – France have already faced Denmark three times at the World Cup group stage, including the two editions in which Les Bleus have lifted the trophy (2-1 in 1998 and 0-0 in 2018). Sign? #WorldCupDraw #FRADEN pic.twitter.com/Fi7I6pPoli
— OptaJean (@OptaJean) April 1, 2022
Jika Perancis berjaya mengatasi cabaran peringkat kumpulan, mereka berpotensi untuk bertemu England/Scotland/Wales/Amerika Syarikat/Iran di suku akhir.
6. Peluang jurulatih Inggeris menyinar?
Sukar untuk melihat jurulatih dari England menyinar di Piala Dunia – selain Southgate yang membawa England ke separuh akhir pada edisi 2018.
Selain England, Kanada juga dilatih oleh jurulatih berbangsa Inggeris, John Herdman. Herdman telah mencipta sejarah tersendiri dalam bola sepak Kanada apabila membawa negara itu ke Piala Dunia buat kali pertama selepas 36 tahun.
Reached the World Cup with both New Zealand & Canada women.
Took over Canada's men's national team ranked 72nd & guided them to 33rd place.
Become the first manager in history to reach the World Cup with a women's and men's national team.
County Durham's John Herdman 👏 pic.twitter.com/vjLb5GGRW5
— bet365 (@bet365) March 30, 2022
Namun Kanada berada di dalam kumpulan yang sukar. Croatia adalah finalis edisi lalu, dan Belgium menduduki kedudukan ketiga di Rusia. Maghribi pula tampil sebagai pasukan kedua terbaik daripada segi ranking dari benua Afrika.
Kali terakhir tampil di Piala Dunia 1986 di Mexico, Kanada mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan tercorot tanpa menjaringkan sebarang gol.
7. Lawan biasa untuk Brazil
Brazil yang memintas Belgium di kedudukan ranking FIFA sebagai pasukan No.1 dunia sebelum undian dilakukan semalam amat mengenali lawan yang bakal mereka hadapi di dalam Kumpulan G.
Mereka pernah beraksi menentang Serbia, Switzerland and Cameroon di saingan peringkat kumpulan pada sejak dua edisi Piala Dunia yang lalu.
Pada 2014, Brazil menewaskan Cameroon 4-1, dan seri 1-1 menentang Switzerland sebelum menewaskan Serbia 2-0 pada edisi 2018 di Rusia.
The Seleção are in Group G!
It's been 20 years since Brazil's last #WorldCup title, can Neymar lead Brazil back to glory? pic.twitter.com/DLlg0wNEnC
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) April 1, 2022
Satu-satunya masalah Brazil daripada segi persiapan ke Qatar ialah kurangnya perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Eropah.
Disebabkan pandemik yang melanda dunia dan komitmen di pertandingan UEFA Nations League, menyebabkan pasukan-pasukan dari Eropah begitu terhad untuk menjadualkan perlawanan persahabatan.
Kekurangan perlawanan menentang pasukan dari Eropah dikatakan membuatkan pengurus Brazil, Tite agak risau.
8. Messi v Lewandowski
Besar kemungkinan ini adalah Piala Dunia terakhir untuk bintang Argentina, Lionel Messi (34 tahun) dan penyerang Poland, Robert Lewandowski (35 tahun).
Kedua-duanya adalah pemenang anugerah pemain terbaik Fifa Best untuk tiga tahun kebelakangan ini.
The Battle of the Ballon d'Or🌶️
Lionel Messi and Robert Lewandowski will face each other in Group C at the FIFA 2022 World Cup.🏆 pic.twitter.com/QhOSjexya8
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) April 1, 2022
Menariknya kedua-duanya akan berhadapan antara satu sama lain pada 30 November untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Messi sudah merekodkan enam gol daripada 19 perlawanan Piala Dunia, manakala Lewandowski belum pernah menghasilkan sebarang jaringan selepas tampil di Piala Dunia 2018.
9. Tiada kumpulan maut
Kebiasaannya akan ada berita tumpuan mengenai kumpulan maut. Ianya berbeza untuk edisi kali ini.
Saingan Kumpulan D mungkin paling hampir untuk memenuhi ciri-ciri kumpulan maut kerana memiliki bekas juara dunia Jermand dan Sepanyol.
The #FIFAWorldCup groups are set 🤩
We can't wait! 🏆#FinalDraw pic.twitter.com/uaDfdIvbaZ
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) April 1, 2022
Kumpulan B yang mengandungi England, Iran, USA dan kemungkinan Wales, Scotland dan Ukraine juga boleh mendakwa mereka memiliki saingan paling mencabar di Qatar.
Hakikatnya undian Piala Dunia 2022 di Qatar adalah undian paling seimbang pernah dihasilkan.
10. Tahun milik Senegal?
Senegal sedang melalui antara tempoh terbaik di dalam bola sepak mereka setelah menjuarai Piala Afrika pada Januari, dan mereka juga harus gembira dengan hasil undian semalam.
Juara Afrika itu akan berhadapan dengan cabaran dari Belanda, Ecuador dan Qatar di dalam Kumpulan A – mengelak pasukan-pasukan utama dan pilihan.
They’re aspiring to repeat their 2002 heroics 🦁
Senegal lie in group A in the 2022 #WorldCup 🇸🇳#FinalDraw | @Fsfofficielle pic.twitter.com/cETn1b3hXM
— CAF (@CAF_Online) April 1, 2022
Untuk itu Senegal semestinya mahu mengulangi pencapaian 20 tahun yang lalu di Piala Dunia 2002.
Di Piala Dunia 2002, Senegal mengejutkan Perancis pada hari pembukaan, menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara, mara sehingga suku akhir kejohanan sebelum ditewaskan oleh Turki selepas masa tambahan.