“Banyak Elemen Positif” – Rezal Zambery Yahya Sifatkan Gaya Permainan Harimau Malaya Menarik

Rezal Zambery Yahya yang kini menjadi pengendali utama Kelantan di Liga Premier menjelaskan dalam menghadapi sebarang kejohanan utama, skuad kebangsaan perlu diberi masa lebih panjang untuk menjalani latihan bersama Kim Pan-gon yang merupakan jurlulatih baharu kebangsaan.

Skuad negara berjaya mencatat sesuatu yang positif walaupun hanya menjalani latihan pusat selama 10 hari sahaja sebelum berlepas ke Singapura bagi tiga aksi persahabatan di sana dan Rezal memandang perkara ini sebagai sesuatu permulaan yang amat baik.

“Saya percaya jika banyak diberikan masa, kita (pemerhati dan peminat) akan lihat potensi skuad kebangsaan akan lebih tinggi, dan menepati cita rasa kita selama ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini, di sini menerusi Bernama.

Sebahagian besar para penyokong kini mula tertarik dengan aksi yang lebih agresif ditampilkan Harimau Malaya menerusi pendekatan baharu yang dipamerkan oleh Pan-gon sewaktu menentang Filipina dan Singapura dalam aksi persahabatan tersebut.

Skuad kebangsaan memulakan aksi pada tahun ini dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Filipina dengan gaya permainan yang berkualiti, namun momentum kemenangan tersebut disekat tuan rumah, Singapura apabila Malaysia tumpas 1-2 dalam aksi yang agak sengit diberi kedua pasukan ini.

Walaupun begitu, kebanyakan penyokong menganggap kekalahan tersebut boleh diterima setelah aspek corak permainan yang ditampilkan oleh anak buah Pan-gon itu dilihat sangat positif menerusi pendekatan berbeza yang dipamerkan.

Dalam masa sama, perubahan gaya permainan skuad kebangsaan itu juga turut diakui Rezal yang menyifatkan corak permainan Harimau Malaya kini sebagai sangat menarik.

“Kita dapat lihat barisan pemain negara tampil dengan corak permainan yang baharu, lebih kepada ‘high pressing’, jadi itu menampakkan banyak elemen positif ditonjolkan pemain,” katanya.

Selaku bekas pemain kebangsaan, Rezal berkata elemen penting dalam memantapkan sesuatu pasukan adalah ketegasan jurulatih serta tingkat disiplin yang tinggi dipamerkan oleh para pemain.

Jelas beliau setakat ini para pemain dilihat berjaya mengikuti apa yang diinginkan Pan-gon dan segalanya dibuktikan dengan baik dalam dua perlawanan persahabatan tersebut dengan prestasi yang semakin meningkat.

Pan-gon kini dalam misi yang sangat getir untuk membawa Malaysia ke arah sesuatu yang lebih jauh dengan perlu melaksanakan misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kejohanan itu, yang dijadual berlangsung di sini pada Jun ini.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN