Krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin telah mendapat perhatian di seluruh dunia, tidak ketinggalan pemain-pemain bola sepak terkenal yang menyatakan solidariti dan sokongan mereka.
Kekejaman regim Zionis Israel bermula apabila tenteranya menyerang orang awam di Masjid Al-Aqsa dan disusuli dengan serangan bom ke atas kawasan perumahan awam di Gaza.
Setakat 12 Mei, dilaporkan 43 warga Palestin telah terkorban, termasuk 13 orang kanak-kanak dan tiga wanita, sementara 300 lagi cedera selepas Israel melancarkan serangan udara.
Di Turki, Mesut Ozil tidak keseorangan, seluruh ahli pasukan Fenerbahce memberi sokongan mereka kepada Palestin dengan menyarung jersi ‘Bebas Palestin’ ketika sesi pemanasan badan sebelum perlawanan berdepan Sivasspor pada Selasa.
Bekas pemain tengah Jerman ini sememangnya seorang pemain yang lantang menyuarakan isu kemanusiaan termasuk penindasan terhadap etnik minoriti Muslim Uyghur di China sebelum ini.
Rakan sepasukan Ozil di kelab Turki berkenaan, Meme Thiam pula memuat naik gambar dengan sepotong ayat al-Quran dari surah Faatir ayat 5 dengan ciapan “Hati saya untuk kamu Masjid al-Aqsa”.
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). [Faatir 35:5]
My heart with you Masjid Al Aqsa 🕌🖤🙌🏿 pic.twitter.com/E5DWNcexXh
— Mame Baba Thiam (@MameBabaThiam) May 10, 2021
Bintang Liverpool, Mohamed Salah bukan sekadar bersolidariti, tetapi menyeru pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menggunakan kuasa dan pengaruhnya bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.
— Mohamed Salah (@MoSalah) May 11, 2021
Kapten skuad kebangsaan Mesir itu juga menukar gambar profilnya yang berlatar belakangnya Kubah As-Sakhrah yang terletak di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane turut tidak ketinggalan untuk menyatakan sokongannya di media sosial dengan membuat hantaran gambar ‘Bebaskan Palestin’ dan menulis ‘Memilukan hati’
Heartbreaking. pic.twitter.com/kKOq2UkiMd
— Sadio Mané (@SMane_Officiel) May 11, 2021
Seorang lagi pemain bintang yang bersolidariti adalah penyerang Manchester City, Riyad Mahrez yang baru sahaja membantu pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris. Beliau turut mendoakan kejiranan di Syeikh Jarrah terselamat dari serangan.
🤲🏼🇵🇸 #Palestine #SaveSheikhJarrah pic.twitter.com/t1JdD24chc
— Riyad Mahrez (@Mahrez22) May 10, 2021
Seterusnya adalah pemain Inter Milan, Achraf Hakimi yang juga baru sahaja menjulang kejuaraan Serie A tempoh hari. Pemain antarabangsa Maghribi ini memuat naik video yang memaparkan seorang gadis yang ditangkap dan disoal siasat oleh tentera Zionis.
🧏🏾♂️😔💔#FreePalestine pic.twitter.com/XYdznz8Jxp
— Achraf Hakimi (@AchrafHakimi) May 10, 2021
Bekas penyerang Perancis, Frank Ribery juga menyatakan sokongannya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
🙏❤️🇵🇸 #FreePalestine https://t.co/UqDt7M01Fg
— Franck Ribéry (@FranckRibery) May 11, 2021
Tidak ketinggalan adalah pemain termahal Manchester United, Paul Pogba.
“Dunia ini perlukan kedamaian dan kasih sayang. Ianya dikatakan tidak lama lagi. Marilah kita semua saling menyayangi,” ujar pemenang Piala Dunia 2018 itu.
Pemain-pemain lain yang turut memberi sokongan adalah penyerang Porto, Moussa Marega dan pemain pertahanan Schalke, Shkodran Mustafi.
La marche de la victoire se poursuivra, la Palestine vivra, la Palestine vaincra…#FreePalestin #AlAqsaUnderAttack #فلسطين_تنتقض #AlQuds pic.twitter.com/8zimCnWEjJ
— Moussa Marega (@marega91) May 12, 2021
Menurut laporan media antarabangsa, konflik bermula pada awal tahun ini, sebuah mahkamah Israel di daerah Baitulmaqdis membuat keputusan bahawa rumah-rumah penduduk Palestin di kawasan penempatan Sheikh Jarrah adalah sah milik beberapa pendatang haram Israel.
Mahkamah itu membuat keputusan dengan hakim menyatakan bahawa pembelian tanah itu telah dibuat oleh golongan itu semasa Palestin berada di bawah pemerintahan British.
Baca juga artikel kami yang lain:
C.D Palestino: Kelab Bola Sepak Palestin Di Bumi Chile Yang Lantang Membidas Israel
Euro-Med Kutuk FIFA Tutup Mata Penindasan Israel Ke Atas Pemain Palestine
Penyokong Celtic Lancar Kempen Kutip Dana Untuk Rakyat Palestin Di Gaza