Emre Can Antara Yang Meraikan Panggilan Pertama Liridon Krasniqi

Liridon Krasniqi Malaysia Emre Can

Pemain skuad kebangsaan Jerman, Emre Can antara yang dilihat meraikan panggilan pertama Liridon Krasniqi bersama skuad kebangsaan menerusi posting di Instagram.

Bekas playmaker Kedah yang kini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meraih panggilan pertamanya bersama Harimau Malaya selepas pengendali Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan apa dilihatnya sejak dipinjamkan ke Australia.

Bersama Newcastle Jets sejak Februari lalu, Liridon Krasniqi telah membuat lapan penampilan, merekodkan 169 minit permainan bersama kelab yang bersaing di A-League itu. Beliau jarang mendapat peluang beraksi lebih daripada setengah jam.

Walaupun majoriti penyokong kelab itu meminta untuk melihat lebih banyak aksinya di padang, sehingga kini pengendali pasukan dilihat belum merestuinya. Paling lama aksinya di tengah padang adalah 44 minit ketika tewas kepada Adelaide United.

Begitupun, Cheng Hoe yang mengenalinya ketika membimbing Kedah dahulu tentu sudah tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam skuad kebangsaan. Liridon Krasniqi merupakan arkitek penting membawa Kedah kembali ke Liga Super.

Ucapnya di Instagramnya, Liridon Krasniqi berkata beliau mahu berkongsi satu kisah impiannya yang kini telah menjadi kenyataan, iaitu panggilan mewakili skuad Malaysia.

“Menerima panggilan pertama daripada skuad kebangsaan Malaysia untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia sangat menggembirakan saya. Saya sangat berbesar hati dan bersyukur dengan peluang untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih Tuhan, kepada rakan sepasukan, jurulatih, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan sesiapa sahaja yang membantu saya dalam perjalanan ini dan peluang yang mengagumkan.

“Oleh itu, saya tidak sabar untuk berikan yang terbaik dan berharap akan mencapai yang terbaik bersama Malaysia,” titipnya yang menerima banyak respon rakannya.

Antara yang menarik perhatian adalah rakan baiknya yang kini beraksi bersama Borussia Dortmund, Emre Can yang meninggalkan emoji meraikan panggilan pertamanya untuk bersama skuad Malaysia di Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Sebelum ini, Emre Can dilihat sentiasa meninggalkan pesanan dan ucapan selamat berjaya buat rakannya itu antaranya ketika final Piala Malaysia 2017 dengan rakaman video. Untuk rekod, beliau ialah pemain kebangsaan Jerman berdarah Turki.

Baca lagi artikel lain mengenai Liridon Krasniqi dan Emre Can:

Liridon Krasniqi Tidak Mahu Fikir Atau Komen ‘Lebih’ Tentang Kedah

Borussia Dortmud Ikat Emre Can Secara Tetap

Liridon Mungkin ‘X-factor’ Untuk Lonjak Newcastle Jets, Kata Bekas Pemain A-League

Leave a Reply