10 Gol Yang Paling Tenang Pernah Dijaringkan

Tenang

Dalam bola sepak, antara gol yang paling dikenang-kenang oleh peminat adalah gol yang dijaringkan dengan penuh ketenangan. Gol sebegini sememangnya bukan mudah untuk dijaringkan. Ia memerlukan teknik yang tinggi, fizikal mantap dan paling penting – ketenangan walaupun dihambat beberapa pemain pertahanan yang bersedia untuk menggagalkan anda.

Kali ini kita akan lihat 10 gol paling tenang, yang kami rasakan, pernah dijaringkan dalam sejarah bola sepak.
Kriteria yang kami ambil kira dalam senarai ini adalah:

1. Mesti dijaringkan dalam perlawanan rasmi – bukan perlawanan persahabatan.
2. Mesti menampilkan ketenangan dari segi skil dan teknik. Ini bermakna gol yang disudahi dengan penyudah kencang (seperti gol Ryan Giggs vs Arsenal pada tahun 1999) tidak dikira.

Nicolo Zaniolo (vs Sassuolo, Serie A 2018/19)

Pada tahun 2018, Ketua Pegawai Sukan Internazionale, Piero Ausilio memberitahu media Itali, “Menjual Coutinho adalah kesilapan terbesar kami di Inter dalam masa 20 tahun.” Peminat AS Roma berpendapat keputusan Inter menjual Zaniolo kepada mereka adalah kesilapan yang lebih besar.

Internazionale menjual Zaniolo ke AS Roma sebagai token (bersama Davide Santon) untuk mendapatkan Radja Nainggolan. AS Roma nyata pemenang dalam urusan perpindahan ini kerana mereka dapat melepaskan pemain tengah bermasalah dan mendapat bintang muda paling hangat di Itali ketika ini.

Thierry Henry (vs Liverpool, Premier League 2003/04)

Jamie Carragher banyak kali ‘dibuli’ oleh Thierry Henry apabila Liverpool bertemu dengan Arsenal, sehinggakan bekas pertahanan Liverpool itu menjadi bahan jenaka Gary Neville dalam rancangan Monday Night Football.

Dalam gol ini, Carragher sekali lagi menjadi mangsa kelajuan dan kemantapan fizikal Henry. Dengan hanya satu body feint, Henry membuatkan Carragher berpusing seperti fidget spinner.

Hatem Ben Arfa (vs Bolton, Premier League 2011/12)

Musim 2011/12 diingati oleh penyokong Newcastle bukan sahaja kerana lambakan pemain Perancis dalam pasukan mereka dan gelagat Alan Pardew, ia turut dikenang sebagai salah satu persembahan musim liga terbaik (menamatkan musim di tangga ke-5) yang ditunjangi persembahan cemerlang Hatem Ben Arfa.

Bermasalah di luar padang, tetapi bijak di dalam padang, Ben Arfa menjaringkan gol cantik ini untuk menewaskan Bolton Wanderers 2-0. Gol ini turut diundi sebagai Goal of The Month untuk bulan April 2012 dalam rancangan Match of The Day.

Bercakap mengenai gol yang tenang…

Jika life goal anda adalah memiliki kediaman yang tenang, bertemakan konsep tropikal moden kontemporari, dengan kawasan lapang yang luas, laman menghijau dan taman permainan untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak terdahulu di kampung, kami ingin memperkenalkan Dahlia 2 di Serene Heights, Bangi.

Dahlia 2 menawarkan rumah teres 2 tingkat berukuran 24′ x 70′ dengan luas binaan daripada 2,165 hingga 2,480 kaki persegi.

Sejumlah 74 unit, 67 daripadanya unit bumiputera ditawarkan kepada pemilik baru yang inginkan kediaman yang menghijau, lengkap dengan taman permainan bertema, taman rekreasi, dewan serbaguna, tadika dan surau.

Sekarang mari kita lihat gol seterusnya yang masuk dalam senarai kami:

Giovani dos Santos (vs USA, akhir Gold Cup 2011)

Menerima bola daripada Gerardo Torrado dalam kotak penalti, dos Santos bukan sahaja perlu berdepan dengan Tim Howard untuk menjaringkan gol.

Ada 5 pertahanan USA lain bersedia untuk menghadang percubaan beliau. Torrado yang tidak dikawal menjerit meminta bola kembali. Tetapi penyerang Mexico ini melakukan sesuatu yang tak dijangka dengan menyungkit bola di sudut atas pintu gol USA dengan ketepatan tinggi.

Sergi Samper (vs Giravanz Kitakyushu, pusingan ke-2 Emperor’s Cup 2019)

Kecederaan berulang ketika di Barcelona membuatkan karier Sergi Samper kini membawa beliau ke Vissel Kobe di Jepun. Dititip sebagai ‘the next Sergio Busquets’ oleh media ketika muda, Samper menampilkan aura Lionel Messi pula dalam gol ini.

Diego Maradona (vs England, suku akhir Piala Dunia 1986)

Gol ini sangat terkenal sehinggakan ia digelar ‘Goal of the Century’ oleh media sehingga kini. Dalam gol ini, Diego Maradona menggelecek 5 pemain England – Peter Beardsley, Peter Reid, Terry Butcher, Terry Fenwick, Terry Butcher (sekali lagi), dah akhir sekali penjaga gol Peter Shilton.

Lionel Messi (vs Getafe, separuh akhir Copa del Rey 2006/07)

Lionel Messi menjaringkan terlalu banyak gol cantik dan tenang untuk Barcelona. Tetapi gol menentang Getafe ini paling agung – dan turut dipersetujui oleh penyokong Barcelona. Gol ini diundi sebagai gol terbaik dalam sejarah Barcelona – menewaskan satu lagi gol cantik Messi ketika menentang Atletic Bilbao.

Francesco Totti (vs Internazionale, Serie A 2005/06)

Jika ada peminat bola sepak muda yang bertanya macam mana Francesco Totti bermain di zaman kegemilangannya, anda wajib menunjukkan gol ini. Turut diakui oleh Totti sendiri bahawa ini adalah gol paling digemarinya sepanjang karier, gol ini menampilkan kelas Il Capitano sebagai lagenda bola sepak dunia.

Eden Hazard (vs Arsenal, Premier League 2016/17)

Diundi oleh penyokong Chelsea sebagai gol terbaik musim 2016/17, gol ini menyaksikan kualiti Eden Hazard untuk menang pertarungan fizikal dengan Francis Coquelin, mengelirukan Laurent Koscielny dan meledak rembatan kencang melepasi Petr Cech.

Gol ini turut digemari oleh Hazard yang mengaku ‘jarang tengok balik gol yang dijaringkannya, tapi sentiasa menonton kembali gol itu’.

Zlatan Ibrahimovic (vs Roda JC, Eredivisie 2004/05)

Zlatan Ibrahimovic – seperti Lionel Messi – mempunyai kecenderungan untuk menjaringkan gol cantik sepanjang karier. Siapa boleh lupa gol sepakan guntingnya ketika menentang England?

Tetapi gol yang dijaringkannya ketika menentang Roda JC di awal kariernya bersama Ajax Amsterdam wajar berada dalam senarai ini. Beliau memperdaya 7 orang (6 pemain dan seorang camera man) untuk menjaringkan gol tenang ini.

Dahlia 2 ada tawaran khas untuk bumiputera!

Seperti yang kami beritahu tadi, Dahlia 2 merupakan kawasan kediaman yang sempurna jika anda mahukan kehidupan yang tenang bersama keluarga.

Dan yang paling bagusnya, ada banyak insentif menarik disediakan kepada anda untuk memiliki kediaman ini!

Diskaun 7% akan diberikan jika anda merupakan Bumiputera. Langganan TM Unifi percuma selama 2 tahun juga turut ditawarkan.

Kedudukannya yang strategik di Bangi bermakna Dahlia 2 dekat dengan banyak sekolah, pusat beli-belah, hospital, universiti, kelab golf dan taman rekreasi. Akses juga menjadi mudah dengan adanya Lebuhraya Utara Selatan, LEKAS Highway, SILK Highway, KTM (Stesen UKM) dan MRT (Stesen Kajang).

Booking fee hanya serendah RM5,000. SPA legal fee dan stamp duty adalah percuma.

Maklumat lanjut mengenai Dahlia 2 boleh didapati di pautan berikut: Hartabumi.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN