VIDEO : 20 Jaringan Menakjubkan Zlatan Ibrahimovic Sepanjang Kariernya

Zlatan Ibrahimovic dikenali oleh peminat bolasepak di seluruh dunia sebagai penyerang yang berkemampuan untuk melakukan jaringan di setiap sudut meskipun berada di situasi yang amat sukar untuk melakukannya.

Kebolehan Zlatan melakukan jaringan menerusi ledakkan kencang dari luar kotak penalti, membuat jaringan akrobatik/back-heel, melakukan tandukan padu, malah sepakkan percumanya yang mampu mengegar gawang lawan membolehkan beliau dilabelkan sebagai penyerang paling berbahaya buat benteng pertahanan lawan.

Banyak gol telah berjaya dihasilkannya. Apa yang lebih menarik, apabila Zlatan berjaya menjaringkan gol, pasti peminat tidak akan berhenti berbicara hal tersebut setiap hari, malah akan terus mengulangi video jaringan itu berulang kali.

Maka tidak hairanlah jika nama Zlatan Ibrahimovic sering tersenarai sebagai calon anugerah FIFA Puskas Award dan beliau turut pernah merangkul anugerah tersebut pada tahun 2013.

Dalam artikel ini, kami kongsikan kepada pembaca 20 video jaringan menakjubkan pilihan kami yang berjaya dilakukan oleh Zlatan Ibrahimovic sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak.

20. Serie A : AC Milan vs Brescia Calcio (04/12/2010)

19. Carabao Cup : Manchester United vs Bristol City (20/12/2017)

18. Serie A : Inter Milan vs Bologna (24/02/2009)

17. World Cup Qualifier : Sweden vs Portugal (19/11/2013)

16.  Serie A : Inter Milan vs Atalanta (31/05/2009)

15. Serie A : AC Milan vs Fiorentina (20/11/2010)

14. Euro 2004 : Sweden vs Itali (18/06/2004)

13. Ligue 1 : Paris Saint-Germain (PSG) vs Anderlecht (23/10/2013)

 

12. Ligue 1 : Paris Saint-Germain (PSG) vs As Monaco (22/09/2013)

 

11. Serie A : Inter Milan vs Fiorentina (15/03/2009)

10. Euro 2012 : Sweden vs Perancis (22/11/2012)

9. Ligue 1 : Paris Saint-Germain vs SC Bastia (19/10/2013)

8. EFL Cup Final : Manchester United vs Southampton (26/02/2017) 

7. Eredivisie : Ajax vs NAC Breda (22/08/2004)

 

6. La Liga : FC Barcelona vs Real Zaragoza (25/10/2009)

5. Ligue 1 : Paris Saint-Germain (PSG) vs AS Saint-Etienne (31/08/2014)

 

4. Pre-season 05/06 : Juventus vs Benfica (06/06/2005)

3. Major League Soccer MSL : LA Galaxy vs LAFC (31/03/2018)

2. Premier League : Manchester United vs Everton (04/12/2016)

 

1. International Friendly : Sweden vs England (14/11/2012)

Sebenarnya banyak lagi video-video jaringan menakjubkan yang berjaya dilakukan Zlatan Ibrahimovic dan mungkin juga selepas ini, beliau akan terus melakukan lebih banyak lagi jaringan untuk pasukan barunya iaitu La Galaxy.

Bagi penulis, Zlatan Ibrahimovic adalah penjaring gol “Paling Gila” yang wujud diabad ini. Siapa disini peminat “The Ibracadabra” ?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN