Zonal Marking Intensif Tinggi Dalam Futsal, Bagaimana Ia Berfungsi

Apa itu zonal marking intensif?

Dalam permainan futsal, taktik ketika bertahan adalah aspek yang paling penting untuk mengelakkan daripada dibolosi terlalu mudah. Kami berpendapat, zonal marking yang intensif adalah pilihan terbaik dalam bertahan.

Jika bertahan dengan sistem kawalan ketat pemain ke pemain (tigh man to man marking) ia akan mewujudkan pertarungan terlalu teknikal.

Apa Itu Zonal Marking?

Zonal marking adalah merujuk kepada kawalan ke atas ruang. Dalam futsal, sukan ini memang bermotifkan pergerakan bola yang segera.

Jadi, zonal marking yang berasaskan bola sangat penting. Ini bermaksud. jika bola di sebelah kanan, maka koordinasi unit pertahanan akan berat ke arah tersebut.

Berikut adalah 5 aspek penting dalam zonal marking yang intensif ketika bermain futsal.

1. Tekanan (Pressing)

Semakin tinggi tekanan, semakin efektif sesebuah pasukan itu bertahan. Jadi, ia adalah aspek penting. Dalam futsal, pressing adalah lebih kepada unit bukannya individu.

Namun anda harus faham, high pressing yang kami maksudkan di sini adalah intensiti tekanan. Bukannya tekanan di garisan paling tinggi.

Elakkan daripada melakukan pressing yang terlalu agresif di kawasan terlalu tinggi kerana ia mewujudkan ruang yang sangat besar di belakang.

futsal-ucrania-argentina

Pressing yang berkesan adalah pressing dalam unit yang sentiasa bergerak dan cuba memastikan lawan kurang masa untuk berfikir apa yang boleh mereka lakukan dengan bola.

Faktor yang paling kerap menjadi penghalang adalah stamina. Sebab itu, cuba maksimumkan pertukaran pemain yang berasaskan flying subtitution ataupun bebas keluar masuk.

Namun ada pasukan yang selesa untuk bertahan dengan tahap desakan rendah. Jika boleh, maksimumkan intensiti pressing yang ada.

2. Sistem Doubling

Biasakan sistem double defending iaitu, seorang pemain akan memberikan tekanan awal dan seorang lagi akan bersedia di belakang.

Di bawah ini ketika pasukan dalam bentuk diamond (berlian). Ini kerana pemain di hadapan menekan lebih awal. Seorang pemain lagi bersedia di belakang sebagai pertahanan kedua dalam sistem doubling.

ft2

Sistem doubling ini penting kerana dalam futsal, jika seseorang pemain terlalu agresif menyerang pihak lawan yang memegang bola, ia akan mewujudkan ruang (space) yang besar untuk dimanipulasi.

basketball-6

Lihat visual di bawah ini.

Ingat dalam futsal, pressing bukan pertarungan siapa lebih kuat tetapi isu pasukan mana yang lebih bijak.

3. Berada Di Belakang Bola

Ia adalah asas paling penting dalam usaha bertahan sebagai pasukan. Ini untuk mengelakan pasukan ditewaskan secara kuantiti (outnumbered) oleh pihak lawan.

Seperti yang kami nyatakan di atas, pressing tinggi bukan bermaksud anda terlalu agresif bermain di kawasan lawan. Paling penting, pastikan semua pemain ada visi ke atas bola dan pemain lawan.

4. Jarak

Ia adalah aspek yang lebih teknikal dan memerlukan kecerdasan pemain untuk memastikan pemain-pemain berada dalam jarak yang terbaik.

Biasanya ada 2 bentuk (shape) bertahan yang utama. Pertamanya adalah bentuk square dan kedua adalah berlian (diamond). Jarak yang ideal adalah 5 meter ataupun kurang daripada 5 meter.

ft1

Untuk jarak yang lebih 5 meter, ia akan memberikan lawan ruang lebih besar untuk melakukan hantaran dan menerima bola.

Ketika bertahan duel, pastikan anda ada teknik yang betul dalam situasi ini.

5-a-side-futsal-defending-stance-2

5. Pergerakan Berdasarkan Bola

Ini adalah prinsip asas dalah zonal marking berasaskan gerakan bola. Ketika bertahan, pastikan gerakan aktif mengikut aliran bola yang digerakkan oleh pihak lawan.

Dalam keadaan ini, setiap pemain perlu sentiasa berinteraksi sesama mereka. Lihat contoh di bawah ini. Bagaimana pasukan kuning bergerak berasaskan aliran bola.

Pasukan yang efektif ketika bertahan adalah pasukan yang sentiasa bergerak. Jadi, tiada istilah berehat ketika bertahan. Jika rasa letih, minta tukar!

Rumusan

Zonal marking intensif tinggi adalah salah satu taktikal bertahan yang memerlukan stamina yang tinggi yang kami rasakan efektif untuk mendesak lawan melepaskan bola awal dan melakukan kesilapan.

Tidak semua pasukan boleh bermain zonal marking yang intensif. Namun percayalah! Jika pasukan anda menguasai sistem ini, anda akan menjadi igauan ngeri kepada pasukan lain.

Latihan yang berterusan akan membantu meningkatkan kondisi kecergasan dan pemahaman taktikal dalam aspek ini.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Rasmi! Chapecoense Juara Copa Sudamericana 2016, Atletico Menang Anugerah Fair Play

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN