Rasmi! Chapecoense Juara Copa Sudamericana 2016, Atletico Menang Anugerah Fair Play

Setelah banyak cerita berlegar tentang permohonan rasmi Atletico Nacional agar kejuaraan Copa Sudamericana 2016 dianugerahkan kepada Chapecoense, pihak CONMEBOL akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi.

CONMEBOL sebelum ini mahu menghormati pihak yang tengah bersedih dan mengambil sedikit masa untuk membuat pengumuman rasmi tersebut.

Pengisytiharkan Chapecoense juara Copa Sudamericana itu dibuat berasaskan kuasa khas oleh CONMEBOL dengan mengambil kira 4 pertimbangan berikut:

1. Pada Rabu – 30 November, CONMEBOL melalui Presidennya telah menerima surat rasmi daripada Atletico Nacional agar kejuaraan Copa Sudamericana kepada lawan mereka Chapecoense.

Ia adalah respon kepada tragedi yang menimpa lawan mereka yang kehilangan pasukan mereka dalam nahas pesawat di Medellin. Masyarakat dunia terutama peminat bola sepak turut ‘berkabung’.

chapecoense-families

2. Pihak kesatuan telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan Chapecoense sebagai juara Copa Sudamericana 2016. Mereka berhak menerima pengiktirafan sukan dan ekonomi (habuan) seperti biasa.

Maksudnya di sini, mereka berhak untuk menerima segala hadiah dan kelayakan sebagai juara seperti mana juara lain sebelum ini.

3. Bagi CONMEBOL, tidak ada apa boleh mengatasi semangat keamanan, persefahaman dan fair play. Ia selaras dengan prinsip CONEMBOL yang mementingkan solidariti, timbang rasa dan hormat-menghormati sesama mereka.

Ia bukan satu retorik, malah baru dibuktikan oleh Atelico Nacional dari Colombia untuk saudara mereka dalam CONEMBOL iaitu Chapecoense dari Brazil.

4. Pendirian dan sikap Atletico Nacional sanggup mengenepikan isu seperti kepentingan ‘title’ dan komersial. Mereka tidak mahu hal lain mengatasi semangat perpaduan.

Oleh itu mereka tidak teragak-agak untuk memohon agar juara Copa Sudamericana diberikan terus kepada Chapecoense.

Dengan itu, pihak CONMEBOL berbesar hati menganugerahkan mereka dengan Anugerah Fair Play Centanario Conmebol. Jadi mereka akan menerima $1,000,000.00.

Bola Sepak Adalah Sukan Yang Menyatupadukan!

Kami di semuanyaBOLA berbangga dengan semangat kesukanan yang sangat tinggi ditunjukkan oleh Atletico Nacional. Bukan mudah untuk mereka sampai ke final seperti ini.

Mereka sanggup untuk memberikan kejuaraan kali ini kepada Chapecoense tanpa perlu memikirkan kepentingan diri sendiri. Ini soal solidariti, fair play dan semangat kesukanan.

Sebelum itu puluhan ribu penyokong Atletico membanjiri stadium Atanasio Girardot Sports Complex untuk majlis khas penghormatan kepada Chapecoense.

atletico-nacional-vigil-chapecoense

Tahniah Chapecoense dan tabik hormat untuk Atletico Nacional. Semoga anda beroleh kejayaan dalam masa akan mendatang.

Baca juga : Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN