Zlatan Ibrahimovic dengan penuh keyakinan mengatakan AC Milan sepatutnya sudah pun menjulang kejuaraan Serie A dengan penuh bergaya sekiranya beliau bermain untuk pasukan tersebut dari awal musim.
Bekas pemain antarabangsa Sweden itu kembali ke San Siro untuk menyertai Milan buat kali kedua pada Januari dan menjadi pencetus kepada kebangkitan pasukannya ketika mengejutkan pendahulu liga, Juventus 4-2.
Bekas penyerang LA Galaxy itu juga memberi bayangan bahawa beliau tidak akan menyambung lagi kontraknya yang akan tamat pada hujung musim ini.
53': Milan 0-2 Juventus
— B/R Football (@brfootball) July 7, 2020
62': Milan 1-2 Juventus
66' Milan 2-2 Juventus
67' Milan 3-2 Juventus
😳 pic.twitter.com/8t7LK79paM
“Bukan lagi rahsia, usia saya sudah lanjut, tetapi umur hanyalah sekadar angka. Saya mahu terus berasa sihat dan mahu terus bermain. Walaupun fizikal saya tidak lagi sama seperti sebelum ini, tetapi saya boleh atasinya dengan kepintaran.
Kehadiran Ibrahimovic bersama Milan sememangnya memberi impak yang agak besar di mana pasukan itu hanya tewas sekali sahaja sejak ketibaannya pada Januari lalu dan kini berada di kedudukan kelima walaupun sebelum itu pernah terperosok hingga tangga ke-14.
“Saya mohon maaf kerana tiba di sini terlalu lewat iaitu pada separuh musim. Jika saya ada di sini dari hari pertama [musim ini], kami sudah pun menang kejuaraan [Serie A] ini,” katanya lagi.
Selepas digantikan dengan Giacomo Bonaventura pada separuh masa kedua, Ibrahimovic masih galak menjerit memberi semangat kepada rakan sepasukannya dari tepi padang.
Zlatan came out on top this time. pic.twitter.com/Lbj06p03LK
— B/R Football (@brfootball) July 8, 2020
“Sayalah presiden, sayalah jurulatih dan sayalah pemain. Tetapi saya hanya dibayar sebagai pemain. Itulah masalahnya,” gurau pemain berusia 38 tahun itu.
Beliau juga agak kecewa kerana terpaksa beraksi baki perlawanan musim ini tanpa kehadiran penyokong di stadium disebabkan pandemik yang melanda.
“Jika stadium ini penuh, tentu menarik. Penyokong boleh meraikan kejayaan seperti hari ini bersama kami. Saya hanya sempat bersama mereka sebulan sahaja sebelum perkara [pandemik] ini berlaku.
“Saya mohon maaf kepada semua penyokong Milan, mungkin mereka tidak akan sempat melihat saya secara berdepan selepas ini.”