Zlatan Ibrahimovic Anggap Kualiti Permainan Di EPL ‘Overrated’

Zlatan Ibrahimovic berkata kualiti di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebenarnya terlampau dipandang tinggi, atau pun ‘overrated’ oleh ramai pihak.

Namun demikian, bekas penyerang antarabangsa Sweden itu mengakui tidak ramai yang mampu beraksi di Liga Inggeris kerana tempo pantas yang diperagakan.

Ibrahimovic kini beraksi bersama LA Galaxy setelah beraksi bersama Manchester United di antara tahun 2016 sehingga 2018.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 26: Zlatan Ibrahimovic of Manchester United (9) celebrates as he scores their first goal during the EFL Cup Final match between Manchester United and Southampton at Wembley Stadium on February 26, 2017 in London, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Sepanjang beraksi dengan juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu, Ibrahimovic telah tampil di dalam 53 perlawanan dan menjaringkan 29 gol untuk pasukan itu dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun karier Ibrahimovic di Old Trafford dibayangi dengan kecederaan lutut yang serius dan memaksa beliau berehat dengan panjang.

Percubaan beliau untuk kembali bersama United pada penghujung 2017 juga tidak menjadi selepas sekali lagi mengalami kecederaan sebelum beliau mengambil keputusan untuk ke MLS bersama LA Galaxy pada Mac 2018.

Zlatan Ibrahimovic
Ibrahimovic bersama LA Galaxy.

Ibrahimovic kini berusia 37 tahun, dan berkata ramai yang cuba mengubah fikiran beliau selepas memilih untuk menyertai Jose Mourinho di Manchester United pada 2016.

Menurut Ibrahimovic rata-rata menyifatkan pilihan untuk ke England hanya akan merencatkan karier beliau setelah pemain itu menjuarai 13 kejuaraan di seluruh Eropah termasuk di Sepanyol, Itali dan Perancis.

Namun Ibrahimovic yang pernah menyarung jersi Ajax, Juventus dan Barcelona itu nekad untuk menafikan tanggapan tersebut.

“Saya sudah beraksi lama sebelum ke England– beraksi di beberapa negara, dan bersama beberapa kelab berlainan.

“Orang akan berkata: ‘Anda tidak perlu ke England. Kerana jika anda gagal di sana, maka anda akan dilabel sebagai tidak cukup bagus’.

“Semua pihak menentang idea itu. Cuba anda teka? Perkara itu memberikan saya motivasi. Ia meningkatkan adrenalin di dalam diri saya. Saya sukakan EPL. Ia memberikan saya motivasi dan membuatkan saya teruja.

“EPL mendapat banyak perhatian, walaupun saya berpendapat tanggapan terhadap kualiti pemainan di sana terlampau dipandang tinggi.

“Saya maksudkan kualiti pemain secara individu, juga aspek teknikal. Tetapi tempo permainan di sana amat tinggi.

“Jika anda pemain terbaik dunia sekali pun, tetapi anda tidak boleh mengikut rentak tempo permainan di sana, anda akan gagal. Tempo permainan Liga Inggeris sangat pantas.

Ibrahimovic dipetik sebagai berkata demikian ketika ditemuramah oleh majalah antarabangsa, FourFourTwo baru-baru ini. Mengenai Manchester United yang disertai oleh beliau,Ibrahimovic berkata:

“Saya sangat berbangga dan gembira kerana pernah beraksi untuk Manchester United.

Football Soccer Britain – Leicester City v Manchester United – FA Community Shield – Wembley Stadium – 7/8/16 Manchester United’s Zlatan Ibrahimovic celebrates scoring their second goal Reuters / Eddie Keogh Livepic EDITORIAL USE ONLY.

“Manchester United adalah pilihan yang tepat ketika saya memilih untuk beraksi di England. Kami menang, dan saya melakukan apa yang saya harus lakukan sebelum kecederaan itu tiba.

“Ia adalah tempoh masa yang hebat di dalam karier saya– ia meninggalkan memori yang hebat. Kini saya mempunyai hubungan bersama Manchester United yang akan kekal buat selama-lamanya.

“Penyokong mereka luar biasa. Ke mana pun saya pergi, semuanya berwarna merah. Ia hebat sekali. Ia adalah tempoh masa yang penting sepanjang karier saya.

“Seperti yang saya katakan ketika berada di England. Anda semua bernasib baik saya tidak datang ke sini 10 tahun yang lalu. Saya hanya tiba di England pada usia 35 tahun. Bayangkan jika saya berusia 25. Ia pasti memberi kisah yang berbeza,” ujar Ibrahimovic.

Beraksi di bawah kendalian Jose Mourinho, Ibrahimovic membantu jurulatih dari Portugal dan Red Devils menjuarai trofi UEFA Europa League dan Piala EFL pada musim 2016./17.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN