RASMI: Lee Tuck Kekal Di Terengganu Sehingga 2020

Pemain tengah pasukan Terengganu – Lee Tuck kekal bersama dengan skuad Sang Penyu sehingga tahun 2020. Sebelum ini banyak khabar angin menyatakan pemain itu akan meninggalkan skuad Terengganu – selepas kontraknya berakhir – dan tiada berita tentang lanjutan kontrak.

Beberapa hari lalu, Lee Tuck meminta peminat Terengganu tenang kerana beliau tidak akan ke mana-mana dan memberikan komitmen beliau kepada pasukan Terengganu. Lee Tuck menyatakan dirinya selesa dengan pasukan Terengganu terutama sekali para penyokong pasukan tersebut yang disifatkannya luar biasa.

Lee Tuck mengetuai pemain Terengganu FC meraikan kejayaan ke perlawanan akhir. FOTO: TFC

Lee Tuck menjadi nadi penting skuad Terengganu sejak menyertai pasukan tersebut – selepas meninggalkan Negeri Sembilan. Pada musim 2018 boleh dianggap antara musim terbaik beliau dalam Liga Malaysia. Beliau membantu Terengganu menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Malaysia.

Lee Tuck cemerlang di ABK18

Aksi cemerlang beliau musim ini telah membuatkan Lee Tuck berjaya memenangi tempat dalam XI Terbaik ABK 2018 – hasil undian peminat dan juga Anugerah Pemain paling popular dalam ABK 2018.

Lee Tuck pemain yang sangat rajin di dalam padang dan beliau dikenali dengan kemampuan menyerang dan bertahan.

2 gol beliau – diiktiraf ABK – berada dalam senarai 10 gol terbaik dalam liga Malaysia pada musim ini.

Sah Lee Tuck kekal bersama Terengganu

Kerisauan peminat Terengganu – sama ada Lee Tuck kekal atau tidak – berakhir – apabila laman rasmi pasukan tersebut mengesahkan bahawa pemain tengah kotak ke kotak itu sah kekal bersama mereka sehingga tahun 2020.

Terengganu FA mengumumkan berita itu dengan kenyataan: “Kami ingin mengumumkan secara rasmi, pemain pasukan Terengganu FC, Lee Andrew Tuck telah menandatangani pemanjangan kontrak bersama pasukan TFC sehingga tahun 2020.”

“Lee Tuck telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditawarkan didalam kontrak TFC dan beliau semestinya mendahulukan penyokongnya di Terengganu yang membuatkan beliau ingin terus bersama pasukan ini untuk tempoh 2 tahun lagi!”

“Terima kasih Lee Tuck.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN