Ini merupakan satu perkara mengejutkan dari kem Real Madrid.
Dikala mereka sudah pun mendapatkan beberapa pemain baharu untuk saingan musim 2019/2020, latihan pra-musim mengalami sedikit gangguan.
Menurut laporan Football Espana, pengurus mereka iaitu Zinedine Zidane telah mencipta kejutan dengan meninggalkan kem latihan pra-musim mereka secara mengejut.
Untuk pra-musim, Real Madrid mengadakan latihan pra-musim di Kanada sebagai jelajah mereka di benua Amerika Utara.
Namun begitu, sebaik saja pasukan Real Madrid sampai di Kanada, Zidane mengambil keputusan pulang mengejut semula ke Eropah.
Hal ini dikatakan, Zidane terpaksa pulang kerana urusan peribadi yang tidak didedahkan oleh pihak kelab.
Buat masa ini, sesi latihan pra-musim Real Madrid dikendalikan oleh para pembantu Zidane seperti David Bettoni, Hamidou Msaidie dan juga jurulatih kecergasan Grégory Dupont.
Zidane juga memberi isyarat yang kepulangan mengejut beliau tidak mempunyai tarikh tetap.
Oleh itu, tiada tarikh tetap bilakah pengurus dari Perancis itu akan kembali menyertai pasukan.
Situasi ini turut menyekat sesi perjumpaan Zidane dengan Florentino Perez yang bakal diadakan di Kanada untuk menyelesai beberapa perkara menjelang musim baharu.
Real Madrid bakal menyertai International Champions Cup (ICC) edisi zon Amerika Utara dengan berhadapan dengan pasukan utama Eropah yang lain.
Mereka akan menentang Bayern Munich, Arsenal dan juga Atletico Madrid bermula dari 20 hingga 26 Julai 2019.