Zinedine Zidane: “Tenang! Tak Perlu Jadi ‘Gila’, Ini Marathon Bukannya Acara Pecut”

Zinedine Zidane memberikan respon selepas dikritik oleh ramai peminat Real Madrid setelah seri 3-3 dengan Las Palmas.

Ramai penyokong tidak berpuas hati dan menjadikan Zidane dan Bale sebagai sasaran.

Ini kerana keputusan seri dengan kelab ‘kecil’ Las Palmas di tempat sendiri membuatkan mereka dipintas oleh Barcelona.

Namun Zidane kekal positif Real Madrid akan mampu menjulang kejuaraan liga setelah kali terakhir memenanginya pada 2012.

Real Madrid ada satu baki perlawanan di dalam tangan. Beliau berkata:

“Kami akan terus berjuang. Ianya bukan tugas mudah, seperti yang saya pernah katakan.”

“Kami bukan lagi pendahulu liga tetapi persaingan liga ini sentiasa terbuka.”

“Kami tidak akan berputus asa daripada berjuang, ini adalah marathon, bukannya acara pecut dan kami akan lakukannya.”

“Kami perlu bersikap positif dan akan bersama-sama dalam menghadapi situasi ini.”

“Tadi kami tidak bermain baik terutama sekali pada separuh masa pertama. Kami perlu menganalisis perkara ini dan mencari penyelesaian masalah ini.”

“Kami berusaha dengan sangat kuat untuk bangkit dari ketinggalan 3-1 dan menyamakan kedudukan 3-3.”

“Kami mampu melakukan apa sahaja dengan semangat yang kami ada tadi.”

“Saya tahu, kami tidak bermain baik dan keciciran mata penting. Tetapi, kita tak perlu jadi ‘gila’ sebab hal itu.”


Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN